Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Thursday, March 15, 2012

#berhenti di situ!

by aiENFiEyQa
feeling 


dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

salam

jari jemari terasa ini menulis. banyak kenangan pahit manis mahu diluahkan dengan coretan dari hati TAPI!! seperti biasa tidak tahu dari mana hendak mula. buntu. sembilan hari cuti persekolahan itu tidak bermakna saya boleh bangun lambat atau tidak perlu memakai baju uniform sekolah. dusta semata-mata TAPI!! waktu cuti sembilan hari ini memerlukan saya untuk bangun awal, menyusun buku, memakai baju uniform sekolah. boleh saya mengeluh dan berkata PENAT untuk semua benda ini? saya mahu masa free untuk diri saya boleh?

berhenti di situ!

pelajaran saya separa baik. alhamdullilah saya lulus bio. hee. bangga? tidak TAPI bersyukur. ALHAMDULLILAH. kimia saya teruk dan add math saya hancur. nasib baik agama dan bm boleh usha A. yang lain menuju ke A.B.C hendaknya. amin. saya ada guru bio extra its mean orang-orang yang boleh ajar dan sabar dengan slow motion saya. alhamdullilah. saya juga ada guru add math dan kimia yang sangat tekun dan gigih ajar saya sampai dapat. dan yang lain saya cuba saya ulangi SAYA CUBA untuk fokus dan faham sendiri apa yang cuba untuk disampaikan sewaktu di dalam kelas.

berhenti di situ!

sibuk. lepas UP1 saya akan sibuk dengan kawad kaki untuk kadet bomba. terima dengan redha dan buat dengan ikhlas. untuk dua minggu mendatang saya akan skip kelas tambahan petang dan akan menghitamkan muka untuk kawad. SERONOK! mungkin lepas ini bila menjelang waktu malam keletihan akan terasa terutama waktu kelas tambahan malam dan sewaktu bernafsu untuk membuat kerja sekolah. huh! insya-allah saya akan cuba untuk membulatkan mata tekun meyiapkan kerja sekolah.

berhenti di situ!
terasa mahu melepaskan mandat kepada budak-budak junior yang rajin. rasa malas untuk menjalankan tugas sebagai BIRO ASRAMA. serius! diri sendiri tak terurus ada hati mahu menjaga budak-budak junior yang sentiasa 'mendengar kata' la sangat.

berhenti di situ!

baiklah belajar itu perlu study hard. dan paling penting niat kerana allah.

wasalam.
Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

AIENFIEYQA Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei