Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Saturday, March 17, 2012

#detik akhir

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

salam

hye. fizikal dan mental kalian sihat? alhamdullilah :>
malam terakhir untuk cuti separa penggal pertama. hee. sembilan hari cuti umpama cuti hari minggu. adat candidate ESPIEM akan ada yang makan hati apabila cuti persekolahan bermula. almaklumlah 'mereka' semua perlu menghadirkan jasad dan rohnye dalam kelas tambahan pada waktu cuti. SERONOK!

sebelum cuti, saya meniti hari hari TENSION sedunia kerana dua minggu sebelum cuti ialah musim peperiksaan. dan dan saya LULUS bio. tet_tet (tiada motif) buat pengetahuan kalian semua. sebelum cuti cikgu cikgu penyayang tiada membekalkan kerja sekolah. SERONOK! tetapi modul yang diberi semasa kelas tambahan kesemuanye perlu dibuat dan hantar sewktu naik cuti. AMBOI! bertingkat kerja sekolah. SERONOK!

cuti persekolahan pada kali ini tidak sehebat cuti sebelum ini. redha! tiada makan angin bersama keluarga, tiada berbondong-bondong pulang ke kampung, tiada rehat yang secukupnya, tiada tiada dan tiada. TAPI! yang SERONOK!nya saya dapat online 24h. SERONOK! dan saya reactived fesbuk saya samata-mata mahu bertanya khabar kawan lama yang sudah lama tak bersua, bermesej, bertanya khabar dan berbelanja. hanya empat hari, dan daya deactived balik.

sepanjang cuti ini saya menghabiskan masa dengan meng'tweets' setiap apa yang terlintas di fikiran dan perbuatan saya sepanjang masa. GEDIKS! hee. saya sempay memborong buku ilmiah. PYQ. huh. banyak sangat laa sangat. harap selepas ini bersemangat untuk belajar amin.

naik cuti? pasti ada penyerahan kertas kertas pekse. BENCI! mesti ada "cikgu lagi satu markh lagi saya nak A, tolonglah" (adat) lepas nie saya ada latihan kawad kaki sepanjang dua minggu mendatang (rasa da bagi tahu benda nie) 21.3 keputusan peperiksaan ESPIEM 2011 akan keluar (gudluck akak.abang snior) khamis. saya akan ke tanjung piai (kemera besar gedabak ta boleh bawak) SADIS! sabtu. lawatan ke KL. lari daripada merentas desa. JAHAT! banyak giler aktiviti duniawi. tak sedar lagi na pekse BESAU!

last but not least. akan cuba mengawal nafsu untuk online. AKAN CUBA! tet_tet. doakan saya dapat #sembilanAgemukPLUSPLUS.

#ini budak mau amek ESPIEM.
Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Thursday, March 15, 2012

#berhenti di situ!

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words


dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

salam

jari jemari terasa ini menulis. banyak kenangan pahit manis mahu diluahkan dengan coretan dari hati TAPI!! seperti biasa tidak tahu dari mana hendak mula. buntu. sembilan hari cuti persekolahan itu tidak bermakna saya boleh bangun lambat atau tidak perlu memakai baju uniform sekolah. dusta semata-mata TAPI!! waktu cuti sembilan hari ini memerlukan saya untuk bangun awal, menyusun buku, memakai baju uniform sekolah. boleh saya mengeluh dan berkata PENAT untuk semua benda ini? saya mahu masa free untuk diri saya boleh?

berhenti di situ!

pelajaran saya separa baik. alhamdullilah saya lulus bio. hee. bangga? tidak TAPI bersyukur. ALHAMDULLILAH. kimia saya teruk dan add math saya hancur. nasib baik agama dan bm boleh usha A. yang lain menuju ke A.B.C hendaknya. amin. saya ada guru bio extra its mean orang-orang yang boleh ajar dan sabar dengan slow motion saya. alhamdullilah. saya juga ada guru add math dan kimia yang sangat tekun dan gigih ajar saya sampai dapat. dan yang lain saya cuba saya ulangi SAYA CUBA untuk fokus dan faham sendiri apa yang cuba untuk disampaikan sewaktu di dalam kelas.

berhenti di situ!

sibuk. lepas UP1 saya akan sibuk dengan kawad kaki untuk kadet bomba. terima dengan redha dan buat dengan ikhlas. untuk dua minggu mendatang saya akan skip kelas tambahan petang dan akan menghitamkan muka untuk kawad. SERONOK! mungkin lepas ini bila menjelang waktu malam keletihan akan terasa terutama waktu kelas tambahan malam dan sewaktu bernafsu untuk membuat kerja sekolah. huh! insya-allah saya akan cuba untuk membulatkan mata tekun meyiapkan kerja sekolah.

berhenti di situ!
terasa mahu melepaskan mandat kepada budak-budak junior yang rajin. rasa malas untuk menjalankan tugas sebagai BIRO ASRAMA. serius! diri sendiri tak terurus ada hati mahu menjaga budak-budak junior yang sentiasa 'mendengar kata' la sangat.

berhenti di situ!

baiklah belajar itu perlu study hard. dan paling penting niat kerana allah.

wasalam.
Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Tuesday, March 13, 2012

budak jauh

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

salam

budak jauh.
yeay dah balik.

budak jauh.
fikir kau tak balik.

budak jauh.
seronoknye bila tahu kau balik.

budak jauh.
bila nak tinggi lagi.

budak jauh.
dah pakai mata empat pun boleh ta dapat cari aku.

budak jauh.
sihat rupanya.

budak jauh.
hoho. esepiem Atambahplus.

wasalam


Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Monday, March 12, 2012

sepuluh

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

salam

1# alhamdullilah saya sihat
2# tiga minggu ta balik rumah
3# baru lepas UP1 (result kimia like suck)
4# smp balik papan kalimantan indonesia buat study tour di sgb (boleh tahan seronok)
5# bilik study (asrama puteri sgb) jadi dorm-sweet-dorm tyme exam
6# puasa sunat terlebih hari (i meant isnin sampai khamis)
7# jubli emas for sgb
8# dikir barat sekolah (seronok)
9# buah hati semakin berkurang
10# paper add math. boi. fizik and and especially KIMIA ta dapat na buat!!!!

doakansayasentiasahappybilabelajarandredhadalamapajuakeadaansertadirahmatiallah.muchlove.


Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Saturday, March 10, 2012

duabelas

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang

salam

duaselas.
hati tersentap tatkala mendengar DUABELAS!

duabelas.
kaku disitu, apabenda ini?

duabelas.
persis di malam hari aku tidak belajar.

duabelas.
ibarat sia-sia di malam hari bersengkak mata mentelaah bagai tiada hari esok gamaknya.

duabelas.
sedih teramat, barangkali.

duabelas.
sekeliling aku pandang, semua lebih daripada aku.

duabelas.
aku bangun sambil tersenyum seperti biasa dan tabah ke depan.

duabelas.
pandang, dengar dan senyum. REDHA!

duabelas.
senyum, alhamdullilah.



duabelas.
gagal itu pasti. redha dan pasrah itu perlu.


iallah.
tigalapan aku aim.
usha usaha sampai dapat.


insan jatuh yang perlu dibangkit semula hatinya.


Ampersands & angle brackets need to be encoded.
 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei