Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Monday, September 12, 2016

1st SEPTEMBER

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Salam Aidiladha

You all, i raya aidiladha dekat rumah (baca: macam biasa, dalam rumah ini i je sorang yang tender masak kuah kacang). Tak tau nak mula cerita dari celah mana, banyak benda nak kongsi, tapi semua dah basi.

Okay, mula dengan kerja.

So far, syukur Alhamdulillah, i dah start kerja 1st September (baca: sama tarikh dengan birthday JK) even i minta ICU, CNO campak i dekat wad. So far, syukur Alhamdulillah, i still dapat bernafas macam biasa walaupun hari hari ada perasaan takut masa nak pergi kerja, tapi syukur Alhamdulillah sampai ke balik i dapat survive lagi. 

"bila masa student dulu takut nak kena repeat time exam and OSCE, bila masa final year takut nak hadap LJM, bila dah lulus LJM takut takde hospital nak ambil kerja, bila dah kerja takut nak handle pesakit sebab nyawa"

See, semua benda i ada feeling takut, sebab apa, sebab nyawa. Lain tau bila dah tak pegang title student, sangat lain, takut itu lain macam, dekat bahu berat sebab dah galas tanggungjawab. Rasa macam takut pulak nak kahwin sebab lagi berat bahu nak add on tanggungjawab as wife, mother and DIL (baca: dah fikir masa depan even sweet 21th)

Confirmation period within 6 months, jadi during this period, kena zero error and behave. Untuk roster pula, sebulan dd seminggu pagi seminggu petang then start shif. Nampak tak,hospital i kerja ini sangat strict rather than hospital lain, kawan kawan i semua dah start shift siap ada yang double and night shift lagi. Kau hado (baca: sedar sikit diri itu, freshie buat cara freshie)

Housemates.
So far, syukur Alhamdulillah rumah sewa sangat sangat okay tapi no furniture. Takde tv, takde mesin basuh, takde perabot, takde peti ais, takde katil, takde tilam. Benda yang basic je, bilik air singki dapur lampu kipas, tu je. Kira okay la tu, takkan nak demand sesangat. (baca: takde wifi, sila pasrah)

Bilik tidur ada dua, sama size. i je takde roomates. Bilik sebelah ada partner. Kak ajeed and kak ruru. So far, syukur Alhamdulillah, dua dua akaks ini sangat baik, diorang bestfriend since kolej. (baca: nanti ada masa, i buat satu entry khas untuk akak akak sayang)

Sejak dah masuk kerja ini, i sangat mengamalkan ucap Alhamdulillah (baca: bukan nak kata before ini tak pernah, tapi sekarang macam dah biasa ucap Alhamdulillah) sebab rasa syukur sangat sangat, tak tahu kenapa, random. Sebab dah mula homesick, dah mula rindu rindu dekat semua orang (baca: sebab membew semua dah tak rajin nak ws i, sebab semua dah start kerja) mungkin sebab i sensorang je tercampak dekat hospital ini, so rasa syukur kalau ada orang nak layan karenah i, manja. 

Jadi, kalau you all ada masa lapang, nanti time solat itu selitkan doa untuk i (baca: Semoga NURAIN AFIQAH dapat menjalani kehidupan yang mendatang dengan redha Allah dan sentiasa diberkati) AMEEN.


#jangan lupa wish i every 1stSEPTEMBER for my anniversary,


 YOUR BEAUTIFUL LADY

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei