Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Tuesday, December 18, 2012

luahan hati

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam dari hamba allah

kita manusia biasa yang seringkali terleka dengan godaan duniawi waima godaan dari nafsu dujana dan syaitan. tak kira dosa kecil ataupun dosa besar telah kita kumpul sejak lahir sehingga sekarang! mungkin sekarang kita sudah gemuk dengan dosa yang hina itu,mungkin. kembali ke jalan lurus? ya, aku mahu ke arah itu, tapi mampukah aku bergerak menuju ke jalan itu. aku yang penuh dosa lagi hamba yang selalu ingkar suruhan ALLAH, layakkah aku? dosa besar yang telah aku lakukan, adakah mampu untuk membersihkannya kembali? aku mahukan hidayah, dan aku tahu hidayah itu milik ALLAH. hanya mampu untuk berdoa. aim high untuk menjadi seorang muslimah sejati mungkin sukar untuk digapai, tapi bukan mustahil, kan. kadang kala aku sentap pabila mendengar cerita dari gaza iaitu kanak-kanak yang masih setahun jagung bersusah payah untuk menghafaz 30juzuk bagi memenuhi syarat menjadi tentera yang berperang untuk agama dan negara mereka sendiri, jika dibandingkan dengan aku, apa yang ada? apa? betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan kanak-kanak itu. kadangkala aku terfikir alangkah indahnya para muallaf yang ALLAH memberikan mereka NURhidayah, masya-allah, alangkah indahnya diri yang bersih dari dosa dan lahirnya seperti bayi yang baru dilahirkan, alangkah indahnya. 

ALLAHUAKBAR

aku termanggu, memikirkan 17tahun usia yang aku bazirkan untuk perkara lagha. masya-allah. alangkah ruginya. dan demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian. dan niat dipasang untuk penuhkan masa dengan merebut pahala banyak-banyak agar tiket ke syurga itu aku dapat. 


doakan aku agar menjadi seorang muslimah sejati

doakan



wasalam












Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Friday, December 14, 2012

adik sayang

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam sayang


sihat? alhamdulillah.
oke, mungkin kerana sudah selesai menjadi pelajar sekolah dan mungkin tahun depan memang tak jumpa dengan mereka yang tersayang dan mungkin rindu di hati menggunung dan mungkin akan teringat kepada dia dia dan dia. siapa dia dia dan dia? tiga budak kecil yang masih bersekolah bersebelahan sekolah saya *FYI, tambi chik sebelah sgb. dan kerana itu entri ini TERupdate dan semua kerana dia dia dan dia.


dia dia dan dia. tiga adik beradik. akak besar, akak, adik. *gambar akak besar takde :(


hi, saya akak


hi, saya adik










kenal bebudak nie masa tingkatan 2 *tak silap. mula-mula kenal dia orang sombong giler, kalau saya dan membew laen halang dia orang jalan mesti kena pukul, tumbung, simbah dengan air dalam botol dan macam-macam lagi *kelakar. dan bila hari-hari kita orang tahan jalan dia orang, cubit pipi dia orang dan macam-macam lagi, bebudak ini dah mula rapat *sangat rapat. dan sampai satu tahap bebudak ini akan tunggu saya semata-mata 'akak, cepatlah nak salam nie' *sweet. memang saya rajin giler layan bebudak ini. hari-hari akan tanya 'sape nama? akak lupa' dan sampai sekarang saya still lupe juga nama bebudak nie. hanya lekat nama SHAHIRAH*akak besar. shahirah pakai baju hijau *masa dengan saya, kita geng. now, shahirah darjah 5 dan tahun depan UPSR. *gud luck dik.








masa nak dekat SPM,hari-hari dia orang tunggu dan saya pun tunggu jugak. yela na jumpa buat kali terakhir *sedih.
: hari ini hari last akak jumpe dengan adik tau
: nape?
: akak kan da besar, jadi tahun depan dah ta dapat nak jumpe.
: ala, nak akak jugak.




'ada jodoh kita jumpa lagi'



PRAY FOR GAZA


WASALAM

Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Thursday, December 13, 2012

harimau malaya

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam harimau malaya


kita kalah, mungkin takde rezeki. usaha untuk bangun fight untuk dua tahun akan datang *berusaha. mungkin silap kita atau mungkin silap pihak lain. benda da lepas. 




mahali jasuli, kenal? 
mungkin permain terbaik pada musim ni,mungkin.

PRAY FOR GAZA


wasalam





Ampersands & angle brackets need to be encoded.

hero malaya, mungkin?

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam gigi bersinar




miss hero malaya.
serius! rindu dia orang. hero malaya? bestie, kawan rapat, kawan se-DM, kawan satu-kelas-tuisyen, kawan riadah-bersama, kawan main-besball-galahpanjang, kawan baik. tak ramai tapi kalau gelak satu DM boleh dengar. yea, thats my HERO MALAYA





mereka.
ameruddin daud
syariat taufik
firdaus anuar 
aqil aiman salleh
azran azman






abang senior yang tak berapa nak senior. walaupun dah berabad dia orang dah masuk asrama saya tetap rapat dengan mereka tahun nie *honest. 


kami-sehati-sejiwa




PRAY FOR OUR RESULT SPM



WASALAM





Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Wednesday, December 12, 2012

LEPASAN SPM

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam budak bebas SPM.

hyeeya, starting dengan muka sememeh
:P






jyeaahh! rindu korang
alhamdulillah, dengan limpah kurnianya dan dengan izinnya saya dan batch 0812 telah selesai menjawab peperiksaan awam iaitu SPM. gembira di hati tak terkata dan paling penting saya sudah selesai untuk penat-belajar-menulis-sebagai-pelajar-sekolah. AKU LEPASAN SPM, TAHU *jerit kuat-kuat. tapi rasa macam da lambat je na wish cenggitu kan kan, *ignored

jap, how my life before SPM?
hahaha, hehehe, hohoho, hihihi. oke gila! macam mana nak cakap eaa? jap susun ayat. hidup memang tunggang-langgang sikit, yela study last minute, bayangkan nak cover sembilan matapelajaran dengan chapter yang berpuluh-puluh dan tak kira untuk subtopic yang giler-killer dan nak fikir tentang masalah yang remeh-temeh-soal-hati-perasaan. MEMANG TAK LAA KAN. rasa macam tak cukup tanah nak berjalan, yela even ada 24 jam satu hari pun belum cukup nak makan, tdo, solat, mandi, iron baju, row-call, sound budak, buat homework, tepon mak. jadi, bila rutin biasa yang cenggini pun tak ada masa yang cukup nak buat ada hati nak cover sembilan matapelajaran. nampak tak side effect belajar last minute. fuhh!! *lap peluh kat dahi. so,bilik, gerakan di asrama memang sangat sangat diperlukan ketika itu, belajar kat situ, belajar dengan amanina kat situ, belajar killer subject dengan liana mahmud kat situ, cari refrence buku kat situ, tidur kat atas meja kat situ, buka stokin and coverhand kat situ, tulis dalam buku yang aneh kat situ, sound budak kat situ, makan biskut kering cicah air coco kat situ, stay up dengan mereka tersayang kat situ, buat sesi luahan perasaan dengan amanina kat situ, buat hati kak pres and my sayang mekah terbakar kat situ, dan banyak kenangan manis, pahit, kelat, masam, masin kat situ. *touching.  masa before SPM nie ialah masa yang paling berharga, yela manaa nak create kenangan manis dengan tersayang, and  pulun struggle untuk SPM. haha, kena bijak tarik tali dengan masa. *kan kan.


tunggang langgang untuk tatapan anda











dan macam mana diri nak hadap  SPM?
tipu kalau cakap tak nervouse, tipu kalau cakap tak cuak, tipu kalau cakap jantung tak dup dap dup dap, tipu kalau cakap tak rasa macam na nangis, tipu kalau cakap tak rasa tiba-tiba  menyesal tak belajar bersungguh-sungguh. haha *benda da lepas. credit thanks to awo *tetibe. who awo?? nenek amanina laa. why? sebab bagi tinggal kat rumah dia, bagi saya makan minum, ajak pegi masjid *even lambat sampai. dan dapat jaga tiga hero malaya *adik amanina. nampak tak pengorbanan yang saya buat untuk hadap ENCIK SPM, sanggup tinggalkan keluarga dan tidur rumah membew *ayat nak sedih. tapi betul la, keluar rumah salam tangan awo, sebelum keluar kereta salam tangan mama aman, sampai sekolah before exam baru tepon mak minta restu, doa dan sebaginya *nampak tak ciri-ciri budak matang, hee.


buah hati pengarang jantung, my sayangs











jyeaahh! sayang korang
now,im free bebeh
lepasan SPM
banyak yang dirancang tapi huh! banyak yang tak terbuat. honestly,lifeless sungguh.  

jyeahhhh, saya dengan INCHE HEMSEM - teman tdo, peluk, cium, nangis :P




PRAY FOR GAZA, and
PRAY FOR MY RESULT SPM my dear.


wasalam
nantikan cerita yang seterusnya
:)


Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Saturday, September 1, 2012

MERDEKA RAYA

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words


dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam lebaran.




anda dan anda. ya saya di sini ada untuk memenuhi bilangan cerita manis buat tatapan anda. cerita yang masih baru dan belum basi. 2012, tahun akhir untuk saya menyambut kemerdekaan sebagai pelajar sekolah menengah. nada sedih di situ. dan dan dan banyak lagi cerita disebalik merdeka untuk tahun ini. mulut terkatup tapi bibir tersenyum hanya gambar yang ada segala isi tersirat.

ada sedikit gambar yang diambil khas untuk anda tersenyum dan ambil tahu siapa orang yang saya sayang dan orang yang sayang saya. mereka yang kadang kala annoying dan kadang kala buat saya tersenyum sendiri. hee. 

sebenarnya berpuluh puluh gambar yang aneh, comel, handsome dan sebagainya tapi! cukup ini yang menjadi tatapan anda dan bakinya menjadi simpanan peribadi untuk tergelak sendiri. :)



sebelum detik 31 :P









sebentar mencelah. ini mereka, ya mereka yang buat saya tersenyum. sembilan yang masih bertahan di sini (asrama) ya, saya ada ramai kawan dan ya, mereka ini yang paling saya senang bila bersama mungkin sudah kenal luar dan dalam, mungkin. sayang mereka? ya, sayang sangat :P







detik 31, merdeka untuk ke limapuluhlima. alhamdullilah masih aman MALAYSIA tempah lahirku dan tempat aku membesar dan belajar bagaimana menjadi khalifah yang sejati, masih berusaha.




masih menunggu bila dia mahu sama tinggi dengan saya :)





cinta hati saya

cinta hati juga.

my sweetheart(s) :
belakang dari kiri : azran,syariat,fathin,firdaus,ameruddin
tengah dari kiri : saya,atikah,amanina,aiini,nabihah
bawah dari kiri : aqil,liana,adlin,suriani





suasana yang ceriakan, semestinya. tahun ini tahun akhir untuk bersuka-ria dalam status akak senior. hee, kenangan ini akan menjadi memori yang terhebat untuk dikenang diusia mendatang kelak. thanks ALLAH kerana memberi saya (hambaMU) kesempatan merasai kehidupan sebegini indah dan mungkin kadang-kala sedikit ujian yang sememangnya ada untuk saya lalui dan sentiasa mengingati-MU. 



untuk anda dari saya :
mungkin,mungkin,mungkin saya senyap untuk dua bulan yang mendatang mungkin!! jyeah fight untuk trial dan do my BEST for REAL ESPIEM, 9A+. doa untuk saya boleh? boleh, terima kasih. harap dengan dua entri yang bergambar ini mengubat rindu anda semua. ecececeh *nyampah!

salam sayang saya untuk anda :P


9A+ untuk saya
dan
buat BATCH 0812.


wasalam.


Ampersands & angle brackets need to be encoded.
 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei