Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Saturday, August 25, 2012

RAYA TRIAL ?

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam aidilfitri

blog?
yup sudah berbulan-bulan tidak menambah cerita baru da halaman ini. mane?? kenapa rindu. oke terharu. :) hee. sibuk dalam mengulang kaji pelajaran jauh di perantau nun di masjid tanah. jauh untuk siapa yang berjalan kaki dan mungkin dekat siapa yang datang bersama kenderaan bermoto. 

sihat?
ohh terlupa? alhamdullilah, allah izinkan saya sihat cuma batuk itu sekali sekala datang menyerang dan sangat seksa. mungkin selepas sebulan berpuasa dan sebulan jugak berbuka dengan air sejuk yang ber'ais' ketul telah menjahanam kan nikmat kesihatan. masya-allah. 

saya? 
saya masih orang yang sama, barangkali berniat baru untuk menjadi muslimah yang lebih baik. dan masih berusaha merapatkan tali silaturrahim bersama sahabat yang awesome. masih mengekalkan status single dengan jayanya. mungkin sebelum ini malu untuk mengaku status sebegitu tapi sekarang perasaan syukur sungguh meluap-luap dan ingat ALLAH SAYANG SAYA. 

mereka?
oke, sebelum cuti. saya sudah meninggalkan asrama dengan senyuman manis semanis si madu. kerna telah melakar satu kenangan yang manis buat saya dan si mereka. thanks kerana telah melenyapkan perasaan serba salah sebagai kawan dan saya bersyukur kerana mereka terima saya sebagai seorang sahabat, dan saya sudah tidak bersangka buruk lagi. terima kasih allah juga.

sedia?
untuk apa? ohh, baru teringat. TRIAL SPM. tarikh dia sungguh tidak sesuai tahu. rasa macam na tonyoh-tonyoh je. sabar! secara jujur, saya memang tak sedia untuk peperiksaan percubaan SPM. saya hanya sempat berhempas pulas dan bernafsu untuk mata pelajaran sejarah, sila doakan saya untuk sempat cover subject lain. insya-allah. mengharapkan along sebagai tutor, pehh. memang takk! huh. salah saya, dengan alasan malu. pegiiilahh.. 

raya?
raya tahun ini sangat hambar. tapi seronok dan luar biasa. hambar? kerna hati tak sedap memikirkan trial lepas raya. seronok? along balik, dan semangat persaudaraan kembali mesra seperti tahun sebelum ini, moga semakin erat hendaknya, amin. luar biasa? mencipta pengalaman baru di hospital, dua hari berlatih menjadi jururawat. seronok. dan belajar menguruskan seorang bayi yang baru lahir, masya-allah.pengalaman yang sangat manis buat diri, mungkin dapat dijadikan batu loncatan atau penaik semangat untuk lebih berusaha menjadi jururawat muslimah yang berjaya, amin.

muslimah terbaik?
itu salah satu wishlist_iman saya. maju berusaha menjadi muslimah terbaik. ya, susah hendak menjadi baik, sangat susah. tapi kena selalu ingat allah sayang sayang saya. sikit-sikit lama-lama jadi banyak. iman manusia boleh bertambah dan boleh berkurangan jadi sebagai manusia kena mintak kat allah supaya iman sentiasa bertambah. INGAT ALLAH SAYANG KITA.



untuk anda.
isi tersirat yang manis.

raya pertama : )






raya kedua :)

seribu makna








raya ketiga :)










alhamdullilah, terima kasih kerana allah masih benarkan saya bernafas.



wasalam

doakan trial saya. moga allah permudahkan segala.


Ampersands & angle brackets need to be encoded.
 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei