Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Friday, February 17, 2012

hati

by aiENFiEyQa
feeling 

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

salam

hati detik lubb labb. hati resah gelisah. hati senang yang tidak tenteram. hati berpura gembira. hati separa baik dan buruk. hati hati hati. ingat iman seseorang boleh bertambah dan berkurang. ingat!!

hati kadang kala busuk. maaf !

maaf menjadi pencetus perpecahan untuk kali ini. beribu kemaafan. mungkin tahap kematangan yang diharapkan belum mencapai tahap yang optimum. maka, harap faham bahawa konteks semua manusia dapat diterapkan dan sekali lagi sila pimpin manusia yang EGO-manic. tolong !

kadang kala rindu untuk bersama. rindu untuk bertiga. rindu untuk lawak yang kadang kala tidak menjadi tapi untuk menyedapkan rasa ketawa dalam terpaksa terjadi untuk mengharmonikan suasana. rindu untuk berjalan selari bersama mengikut ketinggian. harap seperti dulu. harap !

hati kadang menyusahkan. maaf !

semua yang perlu dibuat tergendala begitu sahaja. fed up! gara-gara hati yang tet___tet. pada mulanya semangat segala bagai TAPI kerana mengikut hasutan syaitan durjana semuanya rosak. konklusinya syaitan durjana sentiasa ada disekeliling kita. ta suka! ya allah jauhkan hamba mu daripada segala bagai perkara negatif. amin.

hati kadang kala aneh.

kadang kala bila semuanya luar daripada kawalan hati aku akan gembira. kerana tiba tiba kita bertiga tanpa sedari. manis. harap waktu manis tu masa dapat dihentikan tapi itu satu perkara yang mustahil. betulkan.

perasan bila kamu dan kamu datang dengan merendahkan ego untuk pujuk dalam cara yang halus. terima kasih penghargaan dikalung untuk anda dan anda semua. manis sangat.

iman kadang kala bertambah dan bekurang.



wasalam.





Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

AIENFIEYQA Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei