Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Wednesday, December 28, 2011

semasa cuti ini saya...

by aiENFiEyQa
feeling 

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

salam

tahukah anda semasa cuti ini saya...

1. akan bangun hanya untuk subuh lalu tidur balik
2. akan bersarapan tanpa memberus gigi
3. hanya keluar rumah dengan alasan balik kampung, pergi shopping, kelas tambahan dan kenduri kahwin
4. hanya menghabiskan lebih banyak masa dengan menghadap komputer daripada televisyen
5. hanya menghabiskan baca novel tulisan HLOVATE daripada menghadap novel LUKISAN DALAM SUTERA dan STEPS BY WICKY (btol ta eja?)
6. sudah membaca kesemua novel HLOVATE kecuali novel yang bertajuk VERSUS
7. hanya bermesej dengan orang yang mesej saya sahaja
8. hanya akan topup sebanyak 5rm untuk satu minggu.
9. tapi selalunya apabila topup 5rm akan dipotong 2.50rm kerana saya selalu menggunakan khidmat SOS topup
10. membeli topup dengan menggunakan duit sendiri
11. bersarapan pada pukul 11pagi dan keatas
12. kadang-kala makan tengah hari saya akan satukan dengan sarapan
13. selalu mengalami gastrik
14. satu hari satu kali makan
15. hanya akan mandi satu kali sehari kerana mahu menjimatkan bil air. bil elektrik. shampoo rambut. shampoo badan
16. akan keluar rumah dengan memakai tudung bawal
17. menghabiskan masa dengan tidur
18. tiga kali menghadiri kelas tambahan biology
19. akan senyap apabila mak sudah mula membebel
20. hanya menonton episode pertama dan episode akhir tentang dhia
21. inbox hanya dipenuhi dengan mesej daripada maxis
22. tidak makan angin bersama keluarga kerana semuanya mempunyai tugasan seri paduka baginda
23. kerap kali pulang ke kampung
24. belajar bersabar kuasa dua apabila pulang ke kampung
25. ceramah menjadi pelajar cemerlang oleh makciks tersayang di kampung
25. merasa nikmat duduk di asrama apabila berada di rumah
26. mendapat pekerjaan baru tanpa gaji iaitu melipat baju, sidai baju, basuh baju, sapu rumah, kemas rumah, kemas bilik, buang sawang dan memasak
26. selalu menghabiskan 0.80rm kerana sangat ketagih dengan roti ikan bilis yang dijual di petrol pam shell bersebelahan dengan rumah.
27. akan dipersalahkan apabila bergaduh dengan adik-adik walaupun hakikatnya salah mereka
28. merindui asrama sehingga tilam beradu dihiasi cadar asrama
29. selalu chat dengan budak2 junior, pakcik aneh dan bestie
30. teringat kerja sekolah fizik dan kimia pada 2 minggu terakhir
31 bersengkang mata untuk menyiapkan kerja sekolah tetapi gagal menyiapkannya kerana pengaruh fb dan HLOVATE
32. berasa senang hati dan gembira bila membaca al-mulk lepas isyak
33. cuba untuk memadam kesemua gambar di facebook tetapi gagal
33. hanya belajar biology, kimia dan fizik sahaja sewktu cuti persekolahan
34. baru tahu apa makna pioneer dan succession
35. televisyen di rumah macam !@#$ oleh sebab itu lebih rela hadap komputer
36. mengikut cerita DARK SUNSET sahaja
37. tidak melibatkan diri dalam menonton drama korea tetapi banyak menjadikan lagu korea sebagai halwa telinga
38. mula meminati SHEILA ON7. OUTSIDER. SUNGHA JUNG
39. menginsafi diri bila baca tulisan sarkastik hlovate
40. banyak menghabiskan masa bersama suriani di malim
41. lelap jam 3 pagi
42. sudah biasakan diri dengan membaca doa tidur dan memaafkan semua orang sebelum tidur
43. selama sebulan lebih tidur bersama inche hamsem saya (patung beruang yang nak dekat sama size dengan saya)
44. membaca berulang kali novel yang sama kerana menghadapi simptom bosan tahap petala kelapan
45. 2 kali menonton ombak rindu
46. mula beramah mesra dengan adik junior di facebook dan twitter
47. 'terharu' ta kira sebab
48. selalu menyanyi seorang diri tanya sebab dan tak kira masa
49. sedar akan membazirnya masa menghadap facebook tetapi tetap dengan perangai gediks menggunakan jugak
50. takut untuk melangkah 2012



perasan tak 25 dan 33 ada dua kali?





wasalam

Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

AIENFIEYQA Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei