Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Friday, December 30, 2011

coretan hati ke hati

by aiENFiEyQa
feeling 

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

salam


selepas ini semua akan bertukar dari segi pemikiran dan segalanya. tiada waktu untuk duduk bermesra dengan segala benda yang tiada kaitan dengan masa depan. waktu ibarat emas yang sangat tinggi nilainya akan digunakan dengan secermat yang mungkin untuk menulis laju di atas kertas kajang nota penting bekal untuk otak memproses segala data bagi simpanan untuk menjawab SPM nanti. perangai jahat yang dikawal oleh nafsu durjana hendaklah dikemudi oleh hati yang bersih agar tiada perbuatan yang mengoreskan hati guru lalu menutup hijab bagi keberkatan ilmu. kata kata makian yang dikeluarkan bagi memuaskan hati terhadap kerja kotor rakan baik sewajarnya didiamkan sahaja kerna jika dilantunkan kembali akan tiada proses pendamaian. bekalan madu untuk racun yang diberi secara terangan atau tikam belakang perlu diperbanyakkan bagi melemahkan racun yang diberikan. peluang kedua seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin. sifat manja diri sendiri jangan ditunjukkan kepada umum kerna takut mereka mereka menganggap sifat itu gedik teramat justeru sifat manja dipendamkan dahulu. permasalah sepatutnya diselesaikan sendiri dan jangan membebankan rakan baik dengan masalah itu tetapi carilah MAHA PENCIPTA lalu menangislah sepuas hati dan anggap al-quran sebagai penengan jiwa. jangan menyibukkan diri menjadi watak tambahan bagi isu yang mereka cipta. amanah yang diberikan dipikul dengan sebaik mungkin untuk tersenyum di akhirat nanti. jangan sesekali menyerahkan hati dan perasaan kepada ADAM mungkin dia bukan pemilik rusuk kiri yang dipegang oleh diri sendiri ironinya peliharalah diri sebaiknya bagi ADAM yang betu-betul pemilik rusuk kiri. mungkin tahajjud itu berat untuk laksanakan tetapi mencuba tidak salah asalkan niat kerana allah. jangan jadikan cakap-cakap orang lain sebagai batu penghalang untuk meneruskan mencari masa hadapan yang cerah. perubahan itu sesuatu yang susah oleh itu lakukan dengan sedikit demi sedikit dan niat yang betul kerana allah.




hai inche SPM yang osem dan hamsem
sila kosongkan hati anda untuk saya
lepas ini ikhlaskan hati untuk saya


selamat tinggal 2011 hello senior year.


wasalam.

Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

AIENFIEYQA Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei