Hi gais.
Rasa macam dah lama tak menaip, haritu latest update entri pasal nikah. And ialls hutang cerita macam mana kenal dengan suami, bertunang dan menikah, tapi tu nanti lah cerita. Sebab jodoh ini rahsia Allah (klise gila jawapan).
Now, masa menaip entri ini, tengah cuti berpantang (maternity leave kali ini - 98 hari). - know know berpantang dah. Semua orang tak tahu yang ialls mengandung. Hanya family both side, close friends, kawan tempat kerja dan kawan belajar. Tup tup update dekat instagram dah selamat melahirkan baby, banyak gila reaction diaorang, mostly tak tahu ialls tengah mengandung, haha. Ialls pun tak expose until hari yang semuanya selamat melahirkan.
Pregnancy journey yang sangat tak mudah (pun ialls dah expose dekat ig stories, macam jelujur halus ig stories ialls - dah letak dekat highlight)
Btw, kandungan pertama ini - sangat high risk. Sampai doktor bagi 2 pilihan either abortion or pregnant with high risk.
Kita recall balik,
33 week - mild contraction
34 week - still on mc
35 week - ongoing mc 35 week, ada follow up, pun still ada mild contraction, my gynea said need to 'peram' till term (which is 37 week) dan sambung mc sampai 37 week
36 week 6 days - admitted planned for induce (baca: kena paksa jugak baby keluar)
37 week - induce via iv
tadaaa - Alhamdulillah, safely delivered my son.
....
masa mula mula dapat tahu mengandung kan, rasa macam tak percaya. sebab rasa macam je baru lepas sarung cincin tunang (yang tumpang majlis jidah nikah - dan cincin tunang tu hilang sampai sekarang). Pastu macam baru je rasa akad nikah dekat rumah abang jamil. Pastu baru je rasa baru habis photoshoot dekat masjid sri sendayan masa bertandang, and now, ehh mengandung (alhamdulillah).
....
masa detect pregnant. masa first month kahwin dah check UPT, sebab ialls memang regular period dan on time (alhamdulillah) tapi masa first month tu delayed sehari dan pening lain macam (sebab penat ulang alik rumah in law - tempat kerja) tapi lepas check UPT, esoknya period
then, masa 2nd month kahwin - ialls mengidam, yang literally mengidam lah, dia macam specific tau. Ialls nak makan 5 cucuk sate, pastu lepas pisang yang balut pakai daun pisang yang abul buat, air kelapa laut (yang sampai sekarang tak dapat rasa lagi), pisang goreng cicah kuah kicap - kan specific tu.
lepas tu, masa yang mengidam nak makan sate tu, abul beli bercucuk cucuk untuk satu rumah (yang sebenarnya, petang tu dah check UPT dannn its positive, tapi macam takut nak bagitahu sebab nak betul betul confirm buat scan)
----------------- now 4th september 2025, which is Musa dah setahun 2 bulan -----------
Nama diberi Musa (literally, ialls yang nama - sebenarnya minta Abul carikan sepanjang pregnant 9 bulan, tapi semua tak kena dengar teliga ialls) - tapi masa Abul nak daftar dekat JPN, dah bagi greenlight kalau dia nak add on apa apa nama, ialls okay sahaja. tapi Abul cakap, nice je nama Musa, so till Musa Abul Hafidz :)
--------------------------------------------------------------------------------------
Lama betul ialls peram entri ini, okay sambung balik part atas tadi,
Part mengidam settled
Part MC (CRIB: complete Rest In Bed - due to threated abortion) settled
Part tahu mengandung settled
ada part yang tak perlu cerita iaitu mentally unstable: inlaw, exbff, etc. (pilih untuk tidak cerita sebab nak pendam sorang sorang nak dendam sorang sorang pastu nak doa yang tak best sorang sorang supaya diorang rasa sakit macam ialls rasa!) --- okay tipu, masih belajar untuk menerima takdir, berdamai dengan apa yang jadi dan, orang kata even luka yang berdarah sudah sembuh tapi parut tetap ada, kan.
okayy, sambung part melahirkan -- ala tapi dah cerita dekat stories IG ialls, tapi nak cerita jugak.
....
masa nak admit haritu ialls kemas rumah sewa (rumah sewa Abul, sebab dia yang bayar) dan berbondong bondong bawa barang nak berpantang, letak dalam axia dan datang ke KPJ.
kan pertama kali nak pergi beranak kann, sebab tahu dah booked single room, ingatkan masuk single room sebab masa itu fikir nak baring, rehat dan tidur sebab penat kemas rumah (yang sebenarnya Abul yang kemas), tapi rupanya kena masuk bilik bersalin terus, masa itu macam jeng kejap sebab dalam kepala otak dah plan, 'okay-lepas-beranak-balik-cempaka-berpantang'
rupanya tidak, selagi tak bersalin, tak boleh ke single room. dan masa admit itu petang, malam abul kena balik (mula mula abul nak tidur dalam kereta, ialls cakap, balik rumah, tidur atas tilam, esok pagi datang balik)
lepas itu esok pagi itu (3/7/2024) masih leklek je, sebab bukaan pun baru 2 cm, mandi, subuh, makan light breakfast semua leklek tauu.
abul sampai dalam 8.30pagi camtu
mengidam durian, yeay dapat malam sebelum nak admit
satu luggage ialls yang penuh barang
axia yang penuh barang jugak, ada carseat jugak
malam sebelum nak melahirkan, sempat masuk kelas dr ann
bilik bersalin (gomen said, dewan bersalin) satu kampung barang ialls je
sebak sikit masa Abul azankan Musa
Tak silap dalam pukul 9pagi dah start dengan ubat iv pitocin (oxytocin sintetik yang digunakan untuk induce atau pun merangsang contraction supaya boleh bersalin) - masa itu 3cm bukaan, dr wana check, dan dr wana prepare iv pethdine je kalau tak tahan sakit.
dr wana kata
'dalam pukul 1pm, saya datang untuk check bukaan, saya order iv pethdine kalau sakit sangat tau ain'
dalam pukul 10pagi nurse naikkan ubat iv pitocin tu, pastu rasa macam nak berak, degil jugak, nak jugak berak dekat toilet, nurse terpaksa benarkan sebab 'ialls pun nurse, dan nurse tu tahu ialls degil' - tapi tak berak pun.
dalam pukul 11lebih pastu sister maznah datang, bagi kata kata nasihat, masa itu rasa lain macam, sister pun tengok ialls dah macam hapeee - sister siap offer
'kamu nak spinal tak?'
'nak lahh, tapi siapa dr anaest?'
'dr s*******'
-- terus macam fikir duluu, tapi lepas tu sakit lain macam tak boleh brain, sebab baru 3 cm (sister kata kalau nak amek spinal, sebelum bukaan lebih dari 5cm kalau tak macam sia sia)
boleh lahh sister, nak spinal, sebab tadi 3cm je dr check.
sister panggil nurse tadi, dia kata nak check bukaan, pastu ialls cakap lahh
'boleh laa bagi pethidine, sakit sangat lahhh'
'saya buat VE dulu, kak dah full dilate'
'nak pethidine jugak, sakit sangat'
'tak boleh, nanti baby keluar, sleepy, tak nangis kak'
'sedut dulu gas entonox kak, dah jom prepare untuk conduct delivery'
'sakitnya, sambil berzikir Allahuakbar, Subhanallah'
....
tapi sakit wehh nak tunggu 'ring of fire tu', abul dekat tepi pun dah habis zikir, dah habis doa, tangan kena genggam -
dr wana sampai, dia kata
'ehh nak beranak dahh, ingatkan saya datang nak check bukaan awak 1pm japgi, nie nurse call kata dah full dilate'
ialls dah penat push sampai abul pun nampak rambut musa (nurse panggil suruh tengok pastu bagi alls semangat nak push lagi'
tapi dah penat, last dr wana cut jugak 'episiotomy - sebab first baby kann'
dan ada tear sikit sebab ialls terangkat punggung,
keluar lahh amanah Allah 'Musa'
tapi few second Musa tak nangis
dr wana kata
'patut lahh susah, terbelit tali pusat ain, tapi loose, 1 round cord neck'
finally Musa nangis, tapi tak perlu masuk dalam headbox or pakai oxygen - semua room air (aku taip pun bergenang)
macam itu cerita melahirkan Musa. tapi part yang sedih lain lain, tak nak cerita, nanti lagi bergenang airmata -
mesti tertunggu tunggu gambar ialls dengan Musa kann. segan lahh, pipi dah tak kurus sikit macam dulu, badan pun dah put on weight.
0 just drop their words:
Post a Comment