dan aku termangu seketika
terduduk merenung jauh
masa yang banyak hanya dibazirkan dengan perkara lagha
masya-allah,
tapi itulah hakikatnya
satu persatu niat murni yang aku niatkan
hanya tinggal angan semata
tahu? semuanya kerja nafsu dan syaitan durjana
kadangkala dosa itu membuatkan aku takut
untuk kembali ke pangkal jalan
tapi bila tersedar
aku kembali ke pangkal jalan
dan apabila bisikan nafsu itu datang
aku kalah!
dan lagi sekali aku takut untuk kembali ke pangkal jalan
masya-allah,
betapa besarnya penangan nafsu itu
tapi bila aku tersedar lagi sekali
aku mengharapkan allah mengetuk pintu hati
supaya sentiasa beristiqamah
dan aku selalu berdoa agar hidayah allah
sentiasa aku kunci dan jangan terlepas untuk kali kedua
mungkin susah, salah.
sangat susah untuk beristiqamah kerna nafsu itu sentiasa rajin,
rajin memusnahkan kehidupan seorang anak adam
yang mula bertahtih untuk pandai berjalan ke arah kebaikan
dan mulai hari ini
insya-allah aku akan sentiasa memandang ke hadapan
agar aku dapat menjadi seorang muslimah yang sejati, barangkali.
mungkin aku gerun untuk berjalan berseorangan
tapi, ALLAH kan ada.
ingat sentiasa berfikiran positif terhadap semua tindakan ALLAH
kerana ada hikmahnya
sejujurnya, aku sentiasa pesimis
terhadap segalanya
aku juga sentiasa memandang ke belakang, taksub mungkin dengan dosa lalu
dan kerna itu aku sentiasa kalah dengan nafsu durjana
tapi setelah aku fikir
betapa bodohnya mengambil berat teramat pada DOSA lalu
jadi si bodoh ini mengambil langkah untuk menjadi si PANDAI
pandai menilai baik dan buruk serta pandai dalam membuat keputusan
untuk hari mendatang.
dan bermulanya menjadi seorang hamba allah
yang berhati perut,
sentiasa berdoa agar hidayah itu allah beri, ingat
hidayah itu milik allah.
dan si pandai akan terus melangkah ke hadapan
redah dugaan dan cabaran, mungkin susah
jadi si pandai akan tersenyum sambil mencari jalan memudahkan perjalanan
nurain afiqah
saya, si pandai
0 just drop their words:
Post a Comment