Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Monday, September 5, 2011

indonesia

by aiENFiEyQa
feeling 

salam..

akhirnye terupdate jugak blog yang da lama ta diupdate. hoho. kali ini bukan na update pasal raya. tapi na cer pasal along saya yang na fly pergi indonesia.. dia fly pagi2 selasa. hoho.
oleh sebab dia fly hari selasa. saya merangkap adik dia perlu mengambil inisetif untuk. menghantar keberangkatan beliau ke negara seberang.. jadi, saya telah membuat keputusan untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah selama dua hari berturut-turut. isnin dan selasa.
maaf cikgu bio kerana saya tidak dapat menjalani pnp bersama puan. saya berharap puan faham akan situasi saya yang agak berada dalam kesedihan. hoho.. terselamat saya daripada makian.cacian.amrahan daripada cikgu2 killersubject kerana pada minggu ini sesi memberi kertas peperiksaan up3 akan berlaku. segala rotan.cubitan kasih sayang akan ditunda pada minggu hadapan. kesulitan harap dimaafi.

baiklah kita beralih pada niat asal saya untuk mengupdate blog ini. saya akan bercerita sedikit tentang profil akak saya atau lebih dikenali sebagai along.

semua sedia maklum bahawa kami anak perempuan en.zolkefli mempunyai nama hadapan yang sama iaitu NURAIN. dari sulungtengahbongsu semua mempunyai NURAIN kecuali anak2 jantan en.zolkefli yang menggunakan AHMAD sebagai nama depan.

saya panggil dia along. nama penuh dia nurain amirah. tapi ta pernah dengar membew dia panggil amirah. biasa la sudah tentu dia mempunyai nama komersial atau pun nama glamour ataupun nama yang senang hendak diingat. sama macam adik dia ini(saya) hoho.. dia sulung dalam keluarga dan sulung perempuan. dia telah menghadapi UPSR.PMR.SPM awal dari saya kerana dia lahir awal dari saya. dia memperolehi keputusan yang agak membanggakan. UPSR 5A. PMR 8A. SPM 9A1 2A2. mak dan abah cukup berbanga kerana mempunyai anak yang sangat pandai.huhu. dia dilahirkan di hospital seremban n9 pada 18november. pada mulanye dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di india dalam course pergigian tetapi kita merancang allah yang menentukan. dia hanya mampu melanjutkan pelajaran ke indonesia dalam bidang medic selama 5 tahun setengah. dia perlu belajar dalam jangka masa yang panjang kerana perlu belajar banyak tentang semua bahagian badan manusia. dia ditaja oleh JPA. mak dan abah hanya memberi wang saku. alhamdullilah kerana mak dan abah tidak perlu tanggung yuran pengajian along kerana sungguh mahal dan akan memberi kesan kepada anak-anaknya yang lain. tuntasnya marilah bersama-sama belajar demi mencerahkan masa hadapan kita dan mendapatkan en.JPA untuk menjadi sugardaddy kita pada masa hadapan.

harapan saya sebagai adik along yang pemalas

ehem..ehem *betulkan suara

along. belajar rajin-rajin dekat sana.jaga diri da besarkan(ayat yang membew aku guna untuk aku yang tidak berapa na matang) huhu. maaf kalau buat kau sakit hati. tak sengaja oke. halalkan apa barang yang aku guna.amek.pakai. aku tahu aku bukan adik yang baik dan matang(membew aku yang cakap)

sebak*gigihkan diri untuk tulis khas untuk kau

aku sayang kau. walaupun aku tak cakap depan-depan( malu doe) so faham2 jela. aku tahu aku bukan adik yang baik untuk kau. tapi kau akak aku yang terbest sekali dalam dunia. jaga diri tau kat sana. sopan sikit kata anak dara. huhu.

*tahan2..

nanti aku belajar elok2.rajin2 dapat keputusan yang terbest walaupun tak segempak result kau. aku akan usaha. ekceli aku pun pandai macam kau just pemalas aje(tu mak yang cakap) ingat aku sayang kau.


hahaha..

gukup sampai sini. na siap2 balek umah makteh. tdo situ. maybe gerak sama2 dengan makteh hantar along kat klia.

harap kau(along) berjaya kat sana. aminnnn.


Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

AIENFIEYQA Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei