Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Wednesday, June 8, 2011

LAPORAN PENDAKIAN KE GUNUNG KINABALU

by aiENFiEyQa
feeling 
LAPORAN PENDAKIAN KE GUNUNG KINABLU


Pada 12 hingga 18 MAC 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba telah mengadakan pendakian ke Gunung Kinabalu Sabah. Pendakian ini telah disertai oleh 42 peserta 21 orang pelajar 21 orang guru. Projek pendakian ke Gunung Kinabalu adalah hasil cetusan idea Pn Zainani Ngah, Guru KananMatapelajaran Teknik dan Vokasional SMK Ghafar Baba, juga merangkap peneraju utama Jawatankuasa Perlaksanaan Projek Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu SMKGB 2011. Ekspedisi ini yang disertai oleh murid dan guru dari SMK Ghafar Baba.




Tujuan pendakian ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kewibawaan pelajar dan guru dari segi mental dan fizikal dalam menempuh apa jua rintangan, halangan dan dugaan serta melahirkan modal insan di mata dunia. Sebelum memulakan pendakian, dana telah dikumpul bagi menampung perbelanjaan di sana. Jualan jambu, jualan tudung, menjual tulisan khat, jualan penanda buku dan aktiviti mengkitar semula barang telah dijalankan untuk mengumpul dana serta para peserta telah diarahkan untuk mengutip derma daripada banyak pihak bagi menambahkan dana selain itu beberapa orang kenamaan telah menderma wang ringgit simbolik bagi menyokong aktiviti yang kami lakukan. Persediaan fizikal sebelum mendaki telah dilakukan oleh para peserta dengan cara mendaki Gunung Tampin, mendaki Gunung Datuk, berjongging di Taman Reakreasi Sungai Udang serta senamrobik di sekolah. Para peserta telah diberi rawatan percuma di Poliklinik Masjid Tanah, untuk mengetahui sejauh mana keadaan kesihatan para peserta.




HARI PERTAMA
Pada 12 MAC 2011. Kami bertolak dari SMK Ghafar Baba ke lapangan terbang pada jam 9.00 pagi. Jam 12.30 tengah hari kapal terbang berlepas menuju ke Sabah. Kali pertama saya menaiki kapal terbang, pengalaman yang manis saya dapat. Di dalam kapal terbang saya duduk di tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Subahanallah, indah sungguh ciptaan Tuhan. Kami sampai dalam jam 03.45 petang. Setiba di sana hujan renyai-renyai, keadaan masih terkawal. Di Sabah keadaan tidak sama dengan di Semenanjung, contohnya apabila jam menunjukkan jam 5 petang suasana seolah-olah seperti sudah magrib tetapi di sini jam 5 petang masih boleh beriadah. Kami solat asar di lapangan terbang Sabah(tawau) selepas itu kami menaiki bas untuk ke peginapan kami yang pertama di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (kundasang) dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sana. Setibanya kami di sana jam menujukkan angka 09.00 malam, kami menginap di hotel tersebut selama 3 hari. Saya sebilik dengan Alia dan Fakhira junior saya.





HARI KEDUA
Pada 13 MAC 2011. Pagi yang cerah, bangun dari tidur hari sudah cerah. Pada hari ini kami semua pergi ke Poring Hot Spring Ranau 40 kilometer daripada Kinabalu Park bayaran masuk sekadar Rm 1.00 untuk pelajar sekolah. Di sini saya hanya merendamkan kaki ke dalam air yang bersulfurik panas untuk kesegaran diri selain itu air ini dipercayai boleh menjadikan kulit anda lebih cerah dan memulihkan penyakit kulit. Di sini terdapat air terjun. Selepas itu kami bergerak ke






HARI KETIGA
Pada 14 MAC 2011. Hari ini saya bangun awal dari biasa, hari ini pendakian ke Gunung Kinabalu akan bermula saya berasa sungguh bersemangat sekali. Saya bangun jam 5 pagi, bersiap serta serahkan kunci di kuanter pendaftaran. Sebelum bertolak ke Kinabalu Park sempat kami bergambar di tempat kami menginap. Kenangan yang manis.






Dari Kinabalu Park Headquarters ke Timpohon Gate kami menaiki bas yang disediakan. Setiba di Timpohon Gate kami diberi taklimat dan penerangan, selain itu kami dikenalkan dengan beberapa orang 'guide' yang akan bersama kami sepanjang kami mendaki dan menurun gunung tersebut. Sebelum mendaki kami membuat sedikit regangan. Selepas itu kami mula mendaki pada jam 9 pagi semasa pendakian banyak sungguh tumbuhan yang dapat dilihat secara dekat. Saya sampai di Laban Rata pada jam 2 petang, saya rasa sangat penat tidak dapat hendak dibayang kepenatan yang dialami tapi saya bersyukur kerana sampai di tempan untuk kami menginap , saya menginap di Gunting Lagadan. Kami diarah untuk tidur lebih awal kerana esok kami akan dekejutkan awal pagi untuk mulakan pendakian ke puncak Kinabalu.





HARI KEEMPAT
Pada 15 MAC 2011. Kami diarahkan untuk bangun awal pagi kerana pada jam 2 pagi kami akan mula mendaki dari Laban Rata ke Low Peak atau dikenali sebagai Puncak Kinabalu. Guru-guru dan para pelajar sibuk mengisi perut sebelum mendaki kerana tenaga amat diperlukan. Pada mulanye saya begitu semangat untuk sampai ke puncak tetapi lama-kelamaan saya berasa hendak putus asa kerana sangat penat mungkin kerana keadaan yang sangat sejuk serta ketinggian gunung mempengaruhi kekurangan udara. Semasa kami mendaki terdapat banyak kumpulan yang sama arah dengan kami, setibanya di Sayat-sayat atau dikenali sebagai 'cheak point' terakhir saya berehat. Di sana saya telah terpisah dengan peserta yang lain tetapi saya tidak takut kerana ramai pendaki yang lain ada bersama saya termasuk 'guide' yang banyak membantu saya. Semasa saya mendaki saya telah terserempak dengan guru saya iaitu En.Zaidi. Beliau yang banyak memberi semangat dan sokongan untuk saya sampai ke puncak Kinabalu. Saya tiba di puncak pada jam 7.15 pagi, di puncak pemandangan sungguh indah dan cuaca amat baik pada hari tersebut. Daripada 42 peserta yang menyertai ekspedisi ini hanya separuh je yang sampai ke puncak yang mana peserta yang tidak sampai puncak itu mereka mempunyai sedikit masalah. Walaupun saya dikira pelajar yang terakhir sampai ke puncak tetapi saya bersyukur kerana sampai ke puncak dengan selamat dan jayanya. Kami merakam kenangan manis dengan mengambil gambar buat kenangan.








Selepas kami mengambil gambar dan berehat seketika di puncak, kami diarah oleh 'guide' untuk turun semula kerana sudah melebihi masa yang sepatutnye. Semasa saya berada di puncak, saya bersama Puan Pengetua, En. Latif, En.Zaidi, En.Azizan, Pn.Zainani dan beberapa orang pelajar mengambil gambar bersama-sama sebagai bukti bahawa kami telah menakluk puncak Gunung Kinabalu. Dalam perjalanan turun ke tempat penginapan kami, sungguh sukar untuk turun kerana amat curam sekali. Berkat sabar dan sokongan daridapa cikgu yang menemani saya turun akhirnya sampai juga ke tempat penginapan. Kami mengisi perut dahulu sebelum menyambung perjalanan untuk turun ke Timpohon Gate.





Dalam perjalanan turun daripada Laban Rata ke Timpohon Gate pelbagai tumbuh-tumbuhan renek yang dapat dilihat, selain itu kesusahan untuk turun dari gunung telah dirasai. Penat, hanya satu perkataan dapat dikatakan tetapi saya meneruskan juga perjalan turun daripada gunung ini.







Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Baju saya basah, kami berhenti seketika di pondok dan memaki baju hujan lalu meneruskan perjalan kerana kami mengejar masa takut makin gelap susah jadinya. Kami mempercepatkan langakah untuk sampai ke Timpohon Gate. Jam 5.45 petang saya sampai di Timpohon Gate. Syukur alhamdullilah kerana saya dapat turun dengan selamat walaupun saya antara yang peserta yang terakhir sampai. Gembira di hati tidak terkira kerana selamat sampai, bas sudah menunggu untuk membawa kami ke penginapan yang seterusnya. Kami menginap di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.


HARI KELIMA
Pada 16 MAC 2011. Hari ini saya berpakaian santai kerana hari ini kami akan pergi ke SK Pulau Gaya dan Pulau Manukan. Selepas sarapan kami menaiki bas untuk ke jeti dan menuju ke SK Pulau Gaya. Di sekolah tersebut amat unik kerana sekolah tersebut dibina menggunakan kayu dan dibina dia atas air,sungguh unik. Sekolah atas air. Selepas itu kami ke Pulau Manukan, pulai yang sangat indah. Pulau ini ialah pulau kedua terbesar selepas pulau gaya ia berbentuk boomereng, pulau paling dekat dengan bandaraya Kota Kinabalu. Pulau ini mempunyai persekitaran yang cantik serta airnya sangat jernih, terdapat banyak aktiviti yang boleh dibuat disini. Pemandangan sungguh cantik. Selepas itu kami pulang ke jeti dan kami pergi ke pasar malam berhampiran dengan jeti, makanan yang dijual di situ sungguh lazat dan harga berpatutan. Akhir sekali, kami pulang ke penginapan kami. Pengalam yang sungguh manis.



HARI KEENAM
Pada 17 MAC 2011. Pada pagi ini kami mendaftar keluar dari Kompleks Sukan Likas Sabah dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Sabah berhampiran Pasar Filipina. Pada hari ini, satu hari kami diberi kelonggaran untuk membuat apa-apa sahaja, dari pagi hingga malam. Saya membuat keputusan untuk membeli-belah di Pasar Filipina, di sana tarikan utamanya ialah mutiara air masin, mutiara air tawar dan pelbagai jenis sumber laut. Saya banyak menghabiskan duit untuk membeli cenderahati untuk keluarga yang tersayang di semenanjung. Saya memilih gelang yang bertahtakan mutiara air masin untuk diri sendiri serta sehelai baju t-shirt yang bermotifkan Gunung Kinabalu. Pada waktu malam, kami makan malam di Habibah Suite. Pemilik Habibah Suite iaitu bekas pelajar SMK Ghafar Baba beliau telah belanja makan malam kami, saya berasa sangat seronok dan amat berterima kasih kepada beliau yang sangat baik hati. Saya tidak sabar hendak balik ke semenanjung, saya tidur dengan lena.



HARI KETUJUH
Pada 18 MAC 2011. Pada hari ini ialah hari terakhir di Sabah, rasa sedih dihati untuk meninggalkan negeri Sabah. Saya bangun awal pagi kerana penerbangan balik ke semenanjung jam 9 pagi. Saya tidak sarapan kerana tidak sabar hendak pulang ke semenanjung. Semasa di dalam kapal terbang, sekali lagi saya duduk bersebelahan tingkap. Pada kali ini, saya membeli sarapan di dalam kapal terbang. Saya memilih nasi lemak sebagai pilihan harga yang agak mahal, biasalah atas kapal terbanglah katakan. Nasi lemak sangan sedap berpatutan dengan harganya, sedap. Kira-kira jam 12 tengah hari kapal terbang yang saya naiki selamat mendarat dengan selamat di semenanjung. Alhamdullilah, syukur. Bas mengambil kami di lapangan terbang jam 1.30 petang dan kami solat zuhor di masjid. Saya sampai di sekolah kira-kira jam 4 petang, keluarga saya menunggu dengan penuh kesabaran.


Pada keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Saya amat berterima kasih kepada guru-guru yang menjayakan program ini, serta yang paling penting saya telah menakluk puncak Kinabalu. Ini adalah program yang paling menarik yang saya sertai.


Disediakan oleh

................................
(NURAIN AFIQAH BINTI ZOLKEFLI)
Peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu
Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

AIENFIEYQA Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei