Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Sunday, June 2, 2019

Ramadan 29

written by aiENFiEyQa

Ramadan 29.

Few days nak meninggal kan bulan Ramadan dan, syawal pun menjelang. Guess what, paling sedih. Tahun ini sekali pun tak jejak masjid untuk terawih. Sedih sangat. Tak sempat nak khatam. Terlampau sibuk dengan duniawi.

Dan tahun ini, cuti raya ketiga (sahaja) Itu pun sehari sebab mirul (Abang kita) nak bertunang. Yeahh. Mirul nak kahwin dahh. Then, my turn pulakkk.

..

Kisah mirul nak tunang.
Mirul ini, my only one Abang yang seketul nurain ada. Alhamdulillah, dia nak bertunang dan kahwin (maybe next year, kot lah)

Banyak jugak kawan perempuan, yang dia berkawan. Banyak jugak dugaan yang dia go through. Kali ini, this girl the only one yang bertahan Dan sesuai dengan dia (kot, insha Allah) Hope so.

Mirul ini jenis yang penting kan kawan. Sanggup lah, pergi malim dari senawang sebab nak main futsal (kau rasa). Mak pun dah faham. Selalu kalau dia ngantuk, dia akan lelap mana mana rumah bestfriend dia atau mana mana masjid yang dia rasa nak lelap.

Mirul ini baik. Semoga mirul bahagia dunia Dan akhirat. Dipermudahkan segala galanya.

..

Kisah anak buah coming soon.

Alhamdulillah, along (kak sulung kita) will menimbang cahaya mata coming soon, due date bulan November. Ramai lah yang November babies.

Alhamdulillah, kesabaran menunggu. Membuahkan hasil. Along pun sama, dugaan since dari malam dia nak nikah sampai laa sekarang, banyak betul makcik bawang yang concern sangat kat dia. Tapi, salah orang lah. Memang dia fire balik lahh ceritanya.

Hope along Dan baby selamat Dan sihat. Since HO dekat HTJ yang sangat busy tu, ada lah sekali, episode admit dekat Kpj Seremban. Alhamdulillah babu selamat.

Along kata kalau baby boy, nak bagi nama Ali. Sukati. Asalkan sihat, Dan jadi anak yang soleh. Ameen.

..

Kisah baju raya warna kuning.

Tahun ini, tahun tak cuti. Dengan alasan, tahun depan nak cuti raya dengan tunang atau suami sendiri (Kah, ameen)

Even tak raya pun, baju raya tetap ada. Terima kasihhhhhh my bestie kesayangan dunia akhirat. Belanja baju raya. OKB.

Tahun ini warna baju kitaorang tak sama. Mine is yellow, and she is purple. Tapi tahun ini, nampak lah dia perempuan sangat dengan baju raya tu. Ikut kan hati nak je beli kan baby shoes padan dengan baju kurung tu. Tapi takpe, dia nak sneakers jugakkk. Kita layan kan jugak.

Btw, susah jugak nak cari baju raya. Baju raya seketul nurain sangat simple. Dan kelakar (sebab warna dia kot, geli hati lahh jugak) warna kuning raja. Siapa yang sama matching kaler dengan nurain, nak selfie lahh, buat gambar dp dekat twitter. #IniSeriusNie.

Tahun ini sama jugak dengan makcik jamilah (finally) baju kedah : ala yang lengan tiga suku tuh. Pun bestie kesayangan dunia akhirat jugak yang belanja. So, we all geng lahh ada baju yang sama tahun ini. Comel kan.

Ahh, lupa haritu ada purchase tiga helai baju kurung cotton dekat kak nurul, sepasang hadiakan dekat kesayangan yang petite tu, kira sama lahh, ada bunga bunga (amek kau, bunga bunga tau, nampak lahh ayu)

Mak kata, orang memberi kita menerima, (aku sambung) kita membalas jugak.

Dan, paling last, tahun ini nak cari lagi satu baju raya warna merah sebab nak matching dengan kereta baruuuuuuuuuuuuu ittew. Hahaha. Doa supaya jumpa baju raya warna merah yang berkenan dek hati, ameen.

..

Happy belated birthday, nurain.

Tahun ini dah 24 tahun. Harap tahun depan 25 tahun, dah kahwin. Ameen. (kah)

Tahun ini takde celebrate pun. Kek satu kilo pun takde. Hadiah bling bling pun takde. Tapi cukup dengan wishes from my circle.

Satu icu wish, sampai ke sister pun wish macam nak cari gaduh
Kawan dari sekolah menengah wish, geng akak akak aspuri
Kawan satu rumah masa dip wish
Mak Abah wish
Adek beradek wish
Nenek sayang pun wish
Kesayangan gemuk pendek (bahasa ayu : my petite cute girl) wish
Makcik jamilah pun wish

Itu pun dah cukup.
Allah panjang kan umur untuk bertaubat, pun dah paling cukup.

Tahun ini raya dengan kereta baru (ehem, with palpitation) after 7 years dapat licence, then baru lah drive balik. Boleh svt tau.

Sebenarnya, tak dapat hadiah untuk tahun ini pun takpe, sebab dah ada hadiah paling besar (yeahh, kete baru)

Pun dah cukup.

Sebenarnya, tahun ini nak celebrate with kek coklate buatan sendiri. Bahan semua dah beli. Tapi takde masa. Sampai sekarang takde kek coklate. Kah. Sokay, next year, kita buat sendiri. Insha Allah.

..

For closing, macam biasa. Doakan seketul nurain Afiqah dapat jodoh, sebab nak tahun kahwin, ameen.

Semoga dikurniakan sorang suami yang soleh, Dan anak anak yang solehah. Ameen.

Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei