Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Wednesday, December 12, 2012

LEPASAN SPM

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam budak bebas SPM.

hyeeya, starting dengan muka sememeh
:P






jyeaahh! rindu korang
alhamdulillah, dengan limpah kurnianya dan dengan izinnya saya dan batch 0812 telah selesai menjawab peperiksaan awam iaitu SPM. gembira di hati tak terkata dan paling penting saya sudah selesai untuk penat-belajar-menulis-sebagai-pelajar-sekolah. AKU LEPASAN SPM, TAHU *jerit kuat-kuat. tapi rasa macam da lambat je na wish cenggitu kan kan, *ignored

jap, how my life before SPM?
hahaha, hehehe, hohoho, hihihi. oke gila! macam mana nak cakap eaa? jap susun ayat. hidup memang tunggang-langgang sikit, yela study last minute, bayangkan nak cover sembilan matapelajaran dengan chapter yang berpuluh-puluh dan tak kira untuk subtopic yang giler-killer dan nak fikir tentang masalah yang remeh-temeh-soal-hati-perasaan. MEMANG TAK LAA KAN. rasa macam tak cukup tanah nak berjalan, yela even ada 24 jam satu hari pun belum cukup nak makan, tdo, solat, mandi, iron baju, row-call, sound budak, buat homework, tepon mak. jadi, bila rutin biasa yang cenggini pun tak ada masa yang cukup nak buat ada hati nak cover sembilan matapelajaran. nampak tak side effect belajar last minute. fuhh!! *lap peluh kat dahi. so,bilik, gerakan di asrama memang sangat sangat diperlukan ketika itu, belajar kat situ, belajar dengan amanina kat situ, belajar killer subject dengan liana mahmud kat situ, cari refrence buku kat situ, tidur kat atas meja kat situ, buka stokin and coverhand kat situ, tulis dalam buku yang aneh kat situ, sound budak kat situ, makan biskut kering cicah air coco kat situ, stay up dengan mereka tersayang kat situ, buat sesi luahan perasaan dengan amanina kat situ, buat hati kak pres and my sayang mekah terbakar kat situ, dan banyak kenangan manis, pahit, kelat, masam, masin kat situ. *touching.  masa before SPM nie ialah masa yang paling berharga, yela manaa nak create kenangan manis dengan tersayang, and  pulun struggle untuk SPM. haha, kena bijak tarik tali dengan masa. *kan kan.


tunggang langgang untuk tatapan anda











dan macam mana diri nak hadap  SPM?
tipu kalau cakap tak nervouse, tipu kalau cakap tak cuak, tipu kalau cakap jantung tak dup dap dup dap, tipu kalau cakap tak rasa macam na nangis, tipu kalau cakap tak rasa tiba-tiba  menyesal tak belajar bersungguh-sungguh. haha *benda da lepas. credit thanks to awo *tetibe. who awo?? nenek amanina laa. why? sebab bagi tinggal kat rumah dia, bagi saya makan minum, ajak pegi masjid *even lambat sampai. dan dapat jaga tiga hero malaya *adik amanina. nampak tak pengorbanan yang saya buat untuk hadap ENCIK SPM, sanggup tinggalkan keluarga dan tidur rumah membew *ayat nak sedih. tapi betul la, keluar rumah salam tangan awo, sebelum keluar kereta salam tangan mama aman, sampai sekolah before exam baru tepon mak minta restu, doa dan sebaginya *nampak tak ciri-ciri budak matang, hee.


buah hati pengarang jantung, my sayangs











jyeaahh! sayang korang
now,im free bebeh
lepasan SPM
banyak yang dirancang tapi huh! banyak yang tak terbuat. honestly,lifeless sungguh.  

jyeahhhh, saya dengan INCHE HEMSEM - teman tdo, peluk, cium, nangis :P




PRAY FOR GAZA, and
PRAY FOR MY RESULT SPM my dear.


wasalam
nantikan cerita yang seterusnya
:)


Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Saturday, September 1, 2012

MERDEKA RAYA

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words


dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam lebaran.




anda dan anda. ya saya di sini ada untuk memenuhi bilangan cerita manis buat tatapan anda. cerita yang masih baru dan belum basi. 2012, tahun akhir untuk saya menyambut kemerdekaan sebagai pelajar sekolah menengah. nada sedih di situ. dan dan dan banyak lagi cerita disebalik merdeka untuk tahun ini. mulut terkatup tapi bibir tersenyum hanya gambar yang ada segala isi tersirat.

ada sedikit gambar yang diambil khas untuk anda tersenyum dan ambil tahu siapa orang yang saya sayang dan orang yang sayang saya. mereka yang kadang kala annoying dan kadang kala buat saya tersenyum sendiri. hee. 

sebenarnya berpuluh puluh gambar yang aneh, comel, handsome dan sebagainya tapi! cukup ini yang menjadi tatapan anda dan bakinya menjadi simpanan peribadi untuk tergelak sendiri. :)



sebelum detik 31 :P









sebentar mencelah. ini mereka, ya mereka yang buat saya tersenyum. sembilan yang masih bertahan di sini (asrama) ya, saya ada ramai kawan dan ya, mereka ini yang paling saya senang bila bersama mungkin sudah kenal luar dan dalam, mungkin. sayang mereka? ya, sayang sangat :P







detik 31, merdeka untuk ke limapuluhlima. alhamdullilah masih aman MALAYSIA tempah lahirku dan tempat aku membesar dan belajar bagaimana menjadi khalifah yang sejati, masih berusaha.




masih menunggu bila dia mahu sama tinggi dengan saya :)





cinta hati saya

cinta hati juga.

my sweetheart(s) :
belakang dari kiri : azran,syariat,fathin,firdaus,ameruddin
tengah dari kiri : saya,atikah,amanina,aiini,nabihah
bawah dari kiri : aqil,liana,adlin,suriani





suasana yang ceriakan, semestinya. tahun ini tahun akhir untuk bersuka-ria dalam status akak senior. hee, kenangan ini akan menjadi memori yang terhebat untuk dikenang diusia mendatang kelak. thanks ALLAH kerana memberi saya (hambaMU) kesempatan merasai kehidupan sebegini indah dan mungkin kadang-kala sedikit ujian yang sememangnya ada untuk saya lalui dan sentiasa mengingati-MU. 



untuk anda dari saya :
mungkin,mungkin,mungkin saya senyap untuk dua bulan yang mendatang mungkin!! jyeah fight untuk trial dan do my BEST for REAL ESPIEM, 9A+. doa untuk saya boleh? boleh, terima kasih. harap dengan dua entri yang bergambar ini mengubat rindu anda semua. ecececeh *nyampah!

salam sayang saya untuk anda :P


9A+ untuk saya
dan
buat BATCH 0812.


wasalam.


Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Saturday, August 25, 2012

RAYA TRIAL ?

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam aidilfitri

blog?
yup sudah berbulan-bulan tidak menambah cerita baru da halaman ini. mane?? kenapa rindu. oke terharu. :) hee. sibuk dalam mengulang kaji pelajaran jauh di perantau nun di masjid tanah. jauh untuk siapa yang berjalan kaki dan mungkin dekat siapa yang datang bersama kenderaan bermoto. 

sihat?
ohh terlupa? alhamdullilah, allah izinkan saya sihat cuma batuk itu sekali sekala datang menyerang dan sangat seksa. mungkin selepas sebulan berpuasa dan sebulan jugak berbuka dengan air sejuk yang ber'ais' ketul telah menjahanam kan nikmat kesihatan. masya-allah. 

saya? 
saya masih orang yang sama, barangkali berniat baru untuk menjadi muslimah yang lebih baik. dan masih berusaha merapatkan tali silaturrahim bersama sahabat yang awesome. masih mengekalkan status single dengan jayanya. mungkin sebelum ini malu untuk mengaku status sebegitu tapi sekarang perasaan syukur sungguh meluap-luap dan ingat ALLAH SAYANG SAYA. 

mereka?
oke, sebelum cuti. saya sudah meninggalkan asrama dengan senyuman manis semanis si madu. kerna telah melakar satu kenangan yang manis buat saya dan si mereka. thanks kerana telah melenyapkan perasaan serba salah sebagai kawan dan saya bersyukur kerana mereka terima saya sebagai seorang sahabat, dan saya sudah tidak bersangka buruk lagi. terima kasih allah juga.

sedia?
untuk apa? ohh, baru teringat. TRIAL SPM. tarikh dia sungguh tidak sesuai tahu. rasa macam na tonyoh-tonyoh je. sabar! secara jujur, saya memang tak sedia untuk peperiksaan percubaan SPM. saya hanya sempat berhempas pulas dan bernafsu untuk mata pelajaran sejarah, sila doakan saya untuk sempat cover subject lain. insya-allah. mengharapkan along sebagai tutor, pehh. memang takk! huh. salah saya, dengan alasan malu. pegiiilahh.. 

raya?
raya tahun ini sangat hambar. tapi seronok dan luar biasa. hambar? kerna hati tak sedap memikirkan trial lepas raya. seronok? along balik, dan semangat persaudaraan kembali mesra seperti tahun sebelum ini, moga semakin erat hendaknya, amin. luar biasa? mencipta pengalaman baru di hospital, dua hari berlatih menjadi jururawat. seronok. dan belajar menguruskan seorang bayi yang baru lahir, masya-allah.pengalaman yang sangat manis buat diri, mungkin dapat dijadikan batu loncatan atau penaik semangat untuk lebih berusaha menjadi jururawat muslimah yang berjaya, amin.

muslimah terbaik?
itu salah satu wishlist_iman saya. maju berusaha menjadi muslimah terbaik. ya, susah hendak menjadi baik, sangat susah. tapi kena selalu ingat allah sayang sayang saya. sikit-sikit lama-lama jadi banyak. iman manusia boleh bertambah dan boleh berkurangan jadi sebagai manusia kena mintak kat allah supaya iman sentiasa bertambah. INGAT ALLAH SAYANG KITA.



untuk anda.
isi tersirat yang manis.

raya pertama : )






raya kedua :)

seribu makna








raya ketiga :)










alhamdullilah, terima kasih kerana allah masih benarkan saya bernafas.



wasalam

doakan trial saya. moga allah permudahkan segala.


Ampersands & angle brackets need to be encoded.
 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei