Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Saturday, May 12, 2018

Miss my Boyfie.

written by aiENFiEyQa
Feeling 

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Salam rindu. 

Currently, on vocation with my bae (my bestfriend dunia akhirat, jangan fikir lain lain pulak) *will make one special entry for my bae. Stay tuned.

She is still sleeping, penat lenjan air terjun. Sorry pinjam laptop tak bagitahu.


Okay jom mula. I lost my teman-lelaki-paling-rapat. He is my bestfriend, until i become friendzone. Haha. Mungkin betul kata orang, lelaki dan perempuan tak boleh jadi teman rapat, sebab salah seorang daripadanya akan simpan satu perasaan yang lebih dari seorang teman rapat.

Okay, macam nie, kami tak rapat, tapi rapat la jugak before 2 3 years before spm. Perasaan, bila ada teman lelaki yang rapat ini, tak sama dengan perempuan, lain. (Sebab aku ada aman, which is my bff, so, ada beza dekat situ). Jadi, aku excited bila dengan dia, semua benda aku cerita, semua. Termasuk pasal korea, pasal kawan perempuan lain, pasal ada lelaki lain confess feeling kat aku, pasal nak pilih apa antara nursing or form 6, semua benda aku akan minta pendapat dia. Even aku dah tanya mak ke aman ke, dia anta major influence yang aku akan amek berat setiap patah kata yang keluar dari mulut dia. See, sampai tahap itu sekali, korang rasa apa yang aku rasa. SERONOK!

Dari lepas spm, sampai aku belajar nursing, sampai aku graduated, dan sampai dia confess feeling dia kat aku, aku blank. SPEECHLESS! Dan lah, aku cepat kesian, serba salah. Yela, hati dan perasaan tak boleh nak buat main. Serius, aku taku sangat, kalau lelaki ada simpan perasaan dengan aku, takut weh. Takut nak tolak, macam mana cara nak tolak tanpa bagi hati orang itu terguris, merana. Yelaa, nak confess feeling ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal kan (aku rasalah, aku tengok korea, diaorang struggle nak say ilebiu, so maknanya, susahlah kan, kot)

Aku, tak baik mana. Aku, biasa biasa.Kalau banding dengan dia.He is kind.Dia boleh dapat seorang gadis yang sangat baik untuk lengkapkan hidup dia. 

Bila dia confess feeling, aku fikir, nak cuba tak? Mungkin menjadi. 50-50. Aku try, tapi, i cant, sorry babe. Tak boleh. Sejak dia confess feeling dia. Aku dah tak transparent, dah tak best nak cerita dekat dia, yelaa, dia dah ada feeling dekat aku. Lain lahh. So, cerita sedih, happy, aku simpan sorang.

Aku block no phone dia, ig dia, twitter dia, facebook dia. Kejam, kan? Sorry. Rasa serba salah. Sorry, babe.

One of his, sibling, dm personal dekat ig.

Dia tanya, masih berkawan?.....


Aku taip panjang panjang, sambil nangis, jejeh airmata, air hidung semua keluar. yela, aku tahu lepas ini kitaorang tak kan jadi teman rapat macam dulu, sedih. Nak taip, nak bagitahu, aku berterima kasih dapat kawan macam dia. He is good guy.

Aku doa dia dapat someone yang better daripada aku. Dan, doa aku termakbul dengan cepatnya, hahaha. Someone from his circle, bukan stranger, so, is good for him, right? Tapi macam sedih sikit lahh, dia tak story pape pun (Bila fikir balik, kau dah friendzone dia, kau fikir, dia nak jadi kawan kau balik ke, padan muka.)

Last words,hye you, please pray hard for me,pray for someone good guy for me,pray for my beautiful life with my love,and i still pray for you and your partner.
ameen.

Wehh, aku lagi comel dari partner kau, kann. Mengaku jela. Haha.


Your bestie, love you.

Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei