Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Tuesday, July 26, 2016

DUNIA LEPAS BELAJAR

written by aiENFiEyQa

dengan nama Allah yang maha pengasih lag maha penyayang

salam sayang 

Sebelum mula menulis, nak cari lagu best kat youtube jap. (Avril Lavigne - Innocence. Acoustic Ver) okay, listening.

Okay, nak cerita pasal kehidupan selepas habis belajar. Sejujurnya, masa belajar berhempas pulas tiga tahun lepas, nak sangat masa cepat berjalan sebab nak habis belajar. Sebab? Letih menghadap lecturer yang tak habis habis bebel, batchmates yang suka gaduh, handouts yang tak faham faham even lect pagi petang. Tapi, sekarang (dah habis belajar) sangat rindukan suasana kolej, hospital dan terutama sekali rindu masa lepak dengan kawan kawan rapat (IDC VS Piranha)

Tarikh LJM (15June2016, tak ingat berapa Ramadan) Jadi 15 Ogos nanti genap dua bulan menganggur. 

Masa lepas habis LJM harituh memang tak rasa bosan sebab sibuk buat kuih raya, kemas rumah, jalan jalan cari baju raya, masak rendang etc. Then now, bila dah berbelas Syawal, memang dah mula bosan, ehh tak bosan lagi sebab tengah gila marathon drama Korea, siap boleh ulang ulang mana scene yang best. 

Tapi, bila dah mula bosan tengok korea, rasa macam depression sebab duduk bila dari subuh sampai subuh esok, keluar bilik sebab nak solat, makan, PU, BO or bila mak dah mula nak bebel 'kenapa anak dara dekat dalam rumah ini pemalas, bla bla bla'

Bila scroll ig, twitter, whatsapps group, semua orang sebab bercerita pasal iv (interview kerja) ada yang dah mula kerja, ada yang tengah cari kain nak buat uniform, ada yang tengah sibuk cari rumah sewa paling murah, ada yang tanya soalan cepumas yang biasa kena tanya masa iv. Masa tu baru terasa something, you know, ada satu perasaan yang kau rasa bila semua kawan kawan kau dah mula menjalani kehidupan bekerja dan kau hanya duduk rumah ulang marathon drama korea. Yes, perasaan cemburu, bukan dengki sebab rezeki masing masing.

Jap, lupa nak berkongsi berita gembira, I AM PASSED FOR MY NURSING BOARD MALAYSIA (Lulus LJM), benda penting pun terlupa, tulahh NURAIN dan clumsy berpisah tiada,

#dengar (When Youre Gone -Solo Guitar Acoustic Ver)

Sebenarnya, a day after annoucement keputusan LJM, i got offer from Columbia Hosp area ******. Gaji, lumayan. Elaun pun banyak ikut shift. Bonus pun okay. Tapi uniform tak seronok macam gaji yang ditawarkan. Uniform, short sleeves. Kesimpulanya, i rejected their offered. Lepas tolak tawaran kerja baru cerita dengan mak. Menyesal? Hahaha, tak nak jawab.

Alhamdulillah, kawan kawan rapat semua dah ada kerja, KPJ Tawakal, KPJ Ampang Puteri, KPJ Puteri. Then, I am the one yang still struggle cari kerja. I just try my lucky at KPJ ******** and KPJ ******. Hope one of them lekat, ameen. Nanti bila dah dapat offer letter, i will continue writing in my blog okay, promise.

#dengar (Complicated - Solo Guitar Acoustic Ver.)

Within a month plus tanam anggur dekat rumah, serius bosan. Rumah is not my world, memasak, mengemas dan seangkatan dengannya not my passionate. Surrender, tapi kalau sesekali itu bolehlah, tapi bila dah hari hari mengadap, memang taklah. 

Kenapa tak kerja sambilan? Answer : Nak spent time masa dengan keluarga dengan family (isnt klise my answer) hahaha. Sebenarnya, nak jugak menimba pengalaman bekerja sambilan, tapi takde sesiapa nak hantar ambil jadi driver, lagi pun nanti bila dah mula kerja, memang jarang balik jumpa mak abah (ala macam borak dengan mak abah kat rumah pulakkk) Jadi, waktu macam ini lah boleh meluangkan masa bersama, even tak borak sangat terutama dengan abah, tapi nampak muka pun jadilah kan.

Kesimpulanya, berat badan dah naik, pipi dah macam pau, lengan dah nak sama macam ipah, muscle kat kaki dah loose sebab dah lama tak berdiri lama lama, muscle lengan pun sama loose sebab dah lama tak tukar cadar patient and paling penting otak dah tak berapa nak pick up dengan medical term sebab hari hari asyik dengan hangul languange. araasoo, etc. 

Jadi, doakan baik baik untuk masa depan seorang NURAIN AFIQAH BINTI ZOLKEFLI. Lepas solat, jangan lupa masukkan nama saya dalam doa awak, ciaciacia



Your Beautiful Person

Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei