Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Friday, January 1, 2016

SELAMAT TAHUN BARU : 2016

written by aiENFiEyQa
Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

salam dua ribu enam belas

#np - Gravity cover by Jessica Jung

satu januari dua ribu enam belas, pagi yang seronok berbungkus atas katil sambil layan lagu, dan tiba tiba terasa nak menulis untuk entri pertama 2016. fyi, hari ini hari terakhir dekat melaka, which mean dah nak pindah rumah baru. perasaan? rasa sedih, gembira dan biasa biasa saja. 

yela, tak rasa apa sangat sebab dah biasa tak duduk rumah di melaka, banyak habiskan masa di seremban, rumah nenek. kadang kadang terfikir jugak, akak nie, anak nenek ke anak mak, hahahaha. dah terbiasa balik seremban berbanding melaka. nasib baik mak tak terasa hati, tapi kekadang mak ada lahh jugak tanya 'balik sini tak?' 'tak nak pergi jusco melaka?' 'mak nak pergi popular beli novel, balik tak?'. even, mak tak tanya direct question, mak tetap bagi hint suruh balik, akak nie je malas nak balik. hahahaha.

jadi, lepas ini mak dah duduk seremban dekat dengan anak mak, dekat dengan nenek, dekat dengan abah (abah dah dapat tukar ke seremban) dan mak dah boleh senang hati, tak payah nak fikir apapa lagi.

akak pun dah nak habis belajar, tahun depan middle of june akak LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) untuk lesen akak jadi nurse, doakan akak lulus dengan cemerlangnya, in sha allah. then, hujung tahun kot baru convo, so doakan akak dapat kerja cepat :)


akak harap, tahun 2016 banyak memberi manfaat, dan akak dapat meningkatkan mutu diri  (kesihatan, pekerjaan, keluarga, agama)






throwback gambar akak sebelum jadi super duper cute senior, ehh. hahaha


p/s : 'akak' aka aku

Ampersands & angle brackets need to be encoded.

0 just drop their words:

Post a Comment

 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei