Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Sunday, June 26, 2011

status :)

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
salam

haha. hati saya keras. camne na cairkan balek nie?? haha. susah la der. mari bersama2 kita buat2 ta tau je beramai2 gerenti masalah nie senyap cam tu je. mari beramai2. haha da penat oke kalo say sorry and then buat lagi ta berguna sorry anda. dont judge book by its cover. *tiba2 mari lepas nie kita bersam2 belajar bersungguh2 aim 9A+ SPM 2012.


haha.. nie status yang banyak respon.







wasalam

iklhasdarihati : aq sayang ko nazz
Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Saturday, June 25, 2011

kawan

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
salam

TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA.





Ampersands & angle brackets need to be encoded.

KAWAN

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
salam.
sume aku yang salah?? sume aq. haha. aq maafkan. oke settle. so tutup case. boleh. ntah ar. aq ta tau na buat apa aq tanye na buat apa sume jauh fikirlah yang terbaek. aq da fikir da. buat cam biasa takan ta boleh. kan aq da maafkan. da la. sume na desak2 aq nie apa kes. cukup la. aq da maafkan lepas nie ko tanye aq. aq da malas na jawap. aq bukan penting pun. ko baru kene sekali la der. say sorry un baru sekali da heboh2. oke sekarang ada da geram. ko ta pk aq yang da lama tahan. aq simpan dalam. ta macam ko maki depan2. sorry la aq ta pandai da susun ayat maki owg depan2. aq bukan nabi yang sempurna. aq ta luput dari dosa. haha. abis ko nak aq melutut kat ko and say aq da maafkan ko. macam tu?? haha. aq tau aq yang kene mengalah. so aq mengalah.



aqmaafkankoiklhasdarihati
Ampersands & angle brackets need to be encoded.

masalah kawan

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
salam



maaf!!!!
ko bek sangat ke???
ta penah wat salah???
pe un lantak la.... ko bkn sape2 un....


amek ko ain kan da kene.

haha

:P






Ampersands & angle brackets need to be encoded.

UNGKAPAN MAAF ITU....

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

Maaf

Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi. Moga jernih air yang keruh.

Jangan memilih siapa dia. Perlukah dimaafkan atau tidak. Kita berukhuwah tanpa mengenal rupa bukan? Janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, ada hak dalam berukhuwah yang tak tertunai. Ada juga yang akrab bukan main, tapi oleh kerana satu kesilapan yang dia lakukan, kita menjauhkan diri.

Cermin diri. Muhasabah. Sempurnakah kita? Tidak. Begitu juga sahabatmu itu. Daripada mengenang kesilapannya yang cuma satu atau dua, apa kata kita hargai kebaikan dia yang lebih dari itu? Barulah terasa kemanisannya. InsyaAllah.

Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse me. Semudah itu katamu?

Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih mencabar. Di mana DIA di hatimu?

Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?

Mengalah Bukan Bererti Kalah

Tapi benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kamulah yang perlu mengambil langkah pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hatimu yang terluka. Leburkan egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.

What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikapmu yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air.

Maafkan Dia Kerana Tidak Meminta Maaf Padamu

Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwamu. Biarkan ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA!

Maafkan dirimu. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka. Bahkan hati sendiri pun belum tentu!

Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.

Maaf Itu Membahagiakan

Kalau kamu benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah.

Sabda baginda Nabi

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.

Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.

Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. Walaupun pada mereka yang telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan membahagiakan saudaramu.

Abu Burdah r.a berkata: Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)




SHARE IS CARING

=;=




Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Friday, June 24, 2011

BADAR

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
SALAM,

haha
kat side bar saya ada list blog BADAR

kalo ada masa. luangkan masa usha2 blog tu

share is caring.

beramal kerana allah

wasalam



Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Sunday, June 12, 2011

wedding part 2

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
salam.
:P
wedding part 2.
haha ta tau ada bape part.
entri nie na upload beberapa pic yang ditangkap by along kat majlis kawen.
haha

ta edit oke.
ta sempat
enjoy


nie abag sedara saya
nama dia safwan*baru tahun nama tyme majlis kawen dia. nampak sangat tajoin ngan sedara yang laen
sebelah tu pengantin pompan dari klang ahadiah nama dia *rasa betul eje nama tu
congrats
(pic nie tyme sanding belah pompan)


haha dia dia pengantin na masuk umah na gi sanding
yang pegan bunga mangga tu abg paan. abg fitri *haha dia un sada sye gak.


makan beradab
pic by along



k.a.m.i
sedara abah
cucu.cicit abd. ghani
:P

wasalam

p/s : kalo ada pic lagi maka ada wedding part 3. hehe



Ampersands & angle brackets need to be encoded.

wedding PART 1

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
salam.
oke. baru balek dari kampung. satu hari tdo umah atok *tdo berbungkus oke
haha pagi tadi bangun2 suara bebudak memekak biasa la kampung. kalo sume sedara balek riuh sekampung.
:P
hari ini kenduri kahwin rumah Pandak Din *zainal abidin bapak sedara gue yang muke nye sebiji muke abah
sebelum pergi umah owg kawen. abah pergi kampung rawa. plan na pergi konvoi
haha. best. rasa cam baru first tyme pergi ramai2.. ala 5 kete je kowt yang laen da pegi dulu.
dalam van abah.mak.along.sye.kamal.hajidah
i wear jubah.t bawal.wedges
sampai2 je sedara belah abah da kongka.. kami makan2 sikit
pas2 kak long*kak nadia
"amek nie (pin kaler pink bentuk rama) pakai nanti tolong2 oke.. jadi kendarat."
haha..
wajib??
wajib la
oke jam 11 pagi start huhuhu..
xcited nie?
kendarat pakai wedges ngan jubah?? ko ada.
haha
makan dulu. before buat keje.
*laut sedap ko terbaek dari lenggeng
pas2 take over keje along jap.
kasi coklate kat tetamu *coklate.laki2 dewasa telur.pompandewasa gula.kanak2
haha kasi kat laki2. malu ngee>>
pastu tolong potong kek
n then bagi bunga untuk owg VVIP.
gabra. sampai kat meje pengantin je gabra. haha
suasaba majlis tadi best oke. meriah. duit pun meriah
haha
waktu zuhor lari jap gi masjid solat.
pas2 sambung.
agak2 na petang tu minta diri na balek.
:P
oke suke2 sangat.
rasa na kahwin pulak..
ta pe. ta jadi pengantin un jadi pengapit pun jadi lah
:Pgatal:P

oke.
sampai sini je
:P
na kahwin
haha
wasalam



p/s : tade pic kawen pic nie un jadi lah
na gak try wat mulut itik.
haha
ta jadi.
:P
















Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Friday, June 10, 2011

saya sihat

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words


salam.

-.-

hye korang.

lama kan ta update blog

haha.

buat laporan pendakian gunung kinabalu

okay.

kalo da siap saya update kat blog nie ea.

tapi ta janji.

haha

oke.


lupe na cakap

saya sihat

rindu ostel.

langsi society.cengkuaci.bf.

haha


awak...

haha rindu kat awak..

rindu kat awak sangat.

rindu kat awak 'markah add math'

hahaha

just joke okay.

dont take serius.

have fun

wasalam


p/s :
esok balek kampung. harap lu jangan bikin gue panas





Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Thursday, June 9, 2011

LAPORAN PENDAKIAN KE GUNUNG KINABALU

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words
LAPORAN PENDAKIAN KE GUNUNG KINABLU


Pada 12 hingga 18 MAC 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba telah mengadakan pendakian ke Gunung Kinabalu Sabah. Pendakian ini telah disertai oleh 42 peserta 21 orang pelajar 21 orang guru. Projek pendakian ke Gunung Kinabalu adalah hasil cetusan idea Pn Zainani Ngah, Guru KananMatapelajaran Teknik dan Vokasional SMK Ghafar Baba, juga merangkap peneraju utama Jawatankuasa Perlaksanaan Projek Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu SMKGB 2011. Ekspedisi ini yang disertai oleh murid dan guru dari SMK Ghafar Baba.




Tujuan pendakian ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kewibawaan pelajar dan guru dari segi mental dan fizikal dalam menempuh apa jua rintangan, halangan dan dugaan serta melahirkan modal insan di mata dunia. Sebelum memulakan pendakian, dana telah dikumpul bagi menampung perbelanjaan di sana. Jualan jambu, jualan tudung, menjual tulisan khat, jualan penanda buku dan aktiviti mengkitar semula barang telah dijalankan untuk mengumpul dana serta para peserta telah diarahkan untuk mengutip derma daripada banyak pihak bagi menambahkan dana selain itu beberapa orang kenamaan telah menderma wang ringgit simbolik bagi menyokong aktiviti yang kami lakukan. Persediaan fizikal sebelum mendaki telah dilakukan oleh para peserta dengan cara mendaki Gunung Tampin, mendaki Gunung Datuk, berjongging di Taman Reakreasi Sungai Udang serta senamrobik di sekolah. Para peserta telah diberi rawatan percuma di Poliklinik Masjid Tanah, untuk mengetahui sejauh mana keadaan kesihatan para peserta.




HARI PERTAMA
Pada 12 MAC 2011. Kami bertolak dari SMK Ghafar Baba ke lapangan terbang pada jam 9.00 pagi. Jam 12.30 tengah hari kapal terbang berlepas menuju ke Sabah. Kali pertama saya menaiki kapal terbang, pengalaman yang manis saya dapat. Di dalam kapal terbang saya duduk di tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Subahanallah, indah sungguh ciptaan Tuhan. Kami sampai dalam jam 03.45 petang. Setiba di sana hujan renyai-renyai, keadaan masih terkawal. Di Sabah keadaan tidak sama dengan di Semenanjung, contohnya apabila jam menunjukkan jam 5 petang suasana seolah-olah seperti sudah magrib tetapi di sini jam 5 petang masih boleh beriadah. Kami solat asar di lapangan terbang Sabah(tawau) selepas itu kami menaiki bas untuk ke peginapan kami yang pertama di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (kundasang) dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sana. Setibanya kami di sana jam menujukkan angka 09.00 malam, kami menginap di hotel tersebut selama 3 hari. Saya sebilik dengan Alia dan Fakhira junior saya.





HARI KEDUA
Pada 13 MAC 2011. Pagi yang cerah, bangun dari tidur hari sudah cerah. Pada hari ini kami semua pergi ke Poring Hot Spring Ranau 40 kilometer daripada Kinabalu Park bayaran masuk sekadar Rm 1.00 untuk pelajar sekolah. Di sini saya hanya merendamkan kaki ke dalam air yang bersulfurik panas untuk kesegaran diri selain itu air ini dipercayai boleh menjadikan kulit anda lebih cerah dan memulihkan penyakit kulit. Di sini terdapat air terjun. Selepas itu kami bergerak ke






HARI KETIGA
Pada 14 MAC 2011. Hari ini saya bangun awal dari biasa, hari ini pendakian ke Gunung Kinabalu akan bermula saya berasa sungguh bersemangat sekali. Saya bangun jam 5 pagi, bersiap serta serahkan kunci di kuanter pendaftaran. Sebelum bertolak ke Kinabalu Park sempat kami bergambar di tempat kami menginap. Kenangan yang manis.






Dari Kinabalu Park Headquarters ke Timpohon Gate kami menaiki bas yang disediakan. Setiba di Timpohon Gate kami diberi taklimat dan penerangan, selain itu kami dikenalkan dengan beberapa orang 'guide' yang akan bersama kami sepanjang kami mendaki dan menurun gunung tersebut. Sebelum mendaki kami membuat sedikit regangan. Selepas itu kami mula mendaki pada jam 9 pagi semasa pendakian banyak sungguh tumbuhan yang dapat dilihat secara dekat. Saya sampai di Laban Rata pada jam 2 petang, saya rasa sangat penat tidak dapat hendak dibayang kepenatan yang dialami tapi saya bersyukur kerana sampai di tempan untuk kami menginap , saya menginap di Gunting Lagadan. Kami diarah untuk tidur lebih awal kerana esok kami akan dekejutkan awal pagi untuk mulakan pendakian ke puncak Kinabalu.





HARI KEEMPAT
Pada 15 MAC 2011. Kami diarahkan untuk bangun awal pagi kerana pada jam 2 pagi kami akan mula mendaki dari Laban Rata ke Low Peak atau dikenali sebagai Puncak Kinabalu. Guru-guru dan para pelajar sibuk mengisi perut sebelum mendaki kerana tenaga amat diperlukan. Pada mulanye saya begitu semangat untuk sampai ke puncak tetapi lama-kelamaan saya berasa hendak putus asa kerana sangat penat mungkin kerana keadaan yang sangat sejuk serta ketinggian gunung mempengaruhi kekurangan udara. Semasa kami mendaki terdapat banyak kumpulan yang sama arah dengan kami, setibanya di Sayat-sayat atau dikenali sebagai 'cheak point' terakhir saya berehat. Di sana saya telah terpisah dengan peserta yang lain tetapi saya tidak takut kerana ramai pendaki yang lain ada bersama saya termasuk 'guide' yang banyak membantu saya. Semasa saya mendaki saya telah terserempak dengan guru saya iaitu En.Zaidi. Beliau yang banyak memberi semangat dan sokongan untuk saya sampai ke puncak Kinabalu. Saya tiba di puncak pada jam 7.15 pagi, di puncak pemandangan sungguh indah dan cuaca amat baik pada hari tersebut. Daripada 42 peserta yang menyertai ekspedisi ini hanya separuh je yang sampai ke puncak yang mana peserta yang tidak sampai puncak itu mereka mempunyai sedikit masalah. Walaupun saya dikira pelajar yang terakhir sampai ke puncak tetapi saya bersyukur kerana sampai ke puncak dengan selamat dan jayanya. Kami merakam kenangan manis dengan mengambil gambar buat kenangan.








Selepas kami mengambil gambar dan berehat seketika di puncak, kami diarah oleh 'guide' untuk turun semula kerana sudah melebihi masa yang sepatutnye. Semasa saya berada di puncak, saya bersama Puan Pengetua, En. Latif, En.Zaidi, En.Azizan, Pn.Zainani dan beberapa orang pelajar mengambil gambar bersama-sama sebagai bukti bahawa kami telah menakluk puncak Gunung Kinabalu. Dalam perjalanan turun ke tempat penginapan kami, sungguh sukar untuk turun kerana amat curam sekali. Berkat sabar dan sokongan daridapa cikgu yang menemani saya turun akhirnya sampai juga ke tempat penginapan. Kami mengisi perut dahulu sebelum menyambung perjalanan untuk turun ke Timpohon Gate.





Dalam perjalanan turun daripada Laban Rata ke Timpohon Gate pelbagai tumbuh-tumbuhan renek yang dapat dilihat, selain itu kesusahan untuk turun dari gunung telah dirasai. Penat, hanya satu perkataan dapat dikatakan tetapi saya meneruskan juga perjalan turun daripada gunung ini.







Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Baju saya basah, kami berhenti seketika di pondok dan memaki baju hujan lalu meneruskan perjalan kerana kami mengejar masa takut makin gelap susah jadinya. Kami mempercepatkan langakah untuk sampai ke Timpohon Gate. Jam 5.45 petang saya sampai di Timpohon Gate. Syukur alhamdullilah kerana saya dapat turun dengan selamat walaupun saya antara yang peserta yang terakhir sampai. Gembira di hati tidak terkira kerana selamat sampai, bas sudah menunggu untuk membawa kami ke penginapan yang seterusnya. Kami menginap di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.


HARI KELIMA
Pada 16 MAC 2011. Hari ini saya berpakaian santai kerana hari ini kami akan pergi ke SK Pulau Gaya dan Pulau Manukan. Selepas sarapan kami menaiki bas untuk ke jeti dan menuju ke SK Pulau Gaya. Di sekolah tersebut amat unik kerana sekolah tersebut dibina menggunakan kayu dan dibina dia atas air,sungguh unik. Sekolah atas air. Selepas itu kami ke Pulau Manukan, pulai yang sangat indah. Pulau ini ialah pulau kedua terbesar selepas pulau gaya ia berbentuk boomereng, pulau paling dekat dengan bandaraya Kota Kinabalu. Pulau ini mempunyai persekitaran yang cantik serta airnya sangat jernih, terdapat banyak aktiviti yang boleh dibuat disini. Pemandangan sungguh cantik. Selepas itu kami pulang ke jeti dan kami pergi ke pasar malam berhampiran dengan jeti, makanan yang dijual di situ sungguh lazat dan harga berpatutan. Akhir sekali, kami pulang ke penginapan kami. Pengalam yang sungguh manis.



HARI KEENAM
Pada 17 MAC 2011. Pada pagi ini kami mendaftar keluar dari Kompleks Sukan Likas Sabah dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Sabah berhampiran Pasar Filipina. Pada hari ini, satu hari kami diberi kelonggaran untuk membuat apa-apa sahaja, dari pagi hingga malam. Saya membuat keputusan untuk membeli-belah di Pasar Filipina, di sana tarikan utamanya ialah mutiara air masin, mutiara air tawar dan pelbagai jenis sumber laut. Saya banyak menghabiskan duit untuk membeli cenderahati untuk keluarga yang tersayang di semenanjung. Saya memilih gelang yang bertahtakan mutiara air masin untuk diri sendiri serta sehelai baju t-shirt yang bermotifkan Gunung Kinabalu. Pada waktu malam, kami makan malam di Habibah Suite. Pemilik Habibah Suite iaitu bekas pelajar SMK Ghafar Baba beliau telah belanja makan malam kami, saya berasa sangat seronok dan amat berterima kasih kepada beliau yang sangat baik hati. Saya tidak sabar hendak balik ke semenanjung, saya tidur dengan lena.



HARI KETUJUH
Pada 18 MAC 2011. Pada hari ini ialah hari terakhir di Sabah, rasa sedih dihati untuk meninggalkan negeri Sabah. Saya bangun awal pagi kerana penerbangan balik ke semenanjung jam 9 pagi. Saya tidak sarapan kerana tidak sabar hendak pulang ke semenanjung. Semasa di dalam kapal terbang, sekali lagi saya duduk bersebelahan tingkap. Pada kali ini, saya membeli sarapan di dalam kapal terbang. Saya memilih nasi lemak sebagai pilihan harga yang agak mahal, biasalah atas kapal terbanglah katakan. Nasi lemak sangan sedap berpatutan dengan harganya, sedap. Kira-kira jam 12 tengah hari kapal terbang yang saya naiki selamat mendarat dengan selamat di semenanjung. Alhamdullilah, syukur. Bas mengambil kami di lapangan terbang jam 1.30 petang dan kami solat zuhor di masjid. Saya sampai di sekolah kira-kira jam 4 petang, keluarga saya menunggu dengan penuh kesabaran.


Pada keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Saya amat berterima kasih kepada guru-guru yang menjayakan program ini, serta yang paling penting saya telah menakluk puncak Kinabalu. Ini adalah program yang paling menarik yang saya sertai.


Disediakan oleh

................................
(NURAIN AFIQAH BINTI ZOLKEFLI)
Peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu
Ampersands & angle brackets need to be encoded.

Tuesday, June 7, 2011

kadet bomba

written by aiENFiEyQa 0 just drop their words

salam.

haha.

kadet bomba

=.=

pelik??

kenapa buat entri pasal kadet bomba??

sebab

saya rindu nak kawad

betul ta tipu.

haha..

nie pic tyme kawad pringat daerah top 5 oke.

ta pergi final.

ada masalah sikit.

serius sedih.

tapi..

maybe ta de rezeki

redha je

kat sekolah.

sume tengah siap2 pakai aksesori

cikgu khairul datang na snap gambar.

apa lagi..

tumpang 2 kaki la.

hehe




na kawad nie.

xcited

pakai but ladam.




before masuk maden.
=.=

masuk meden.
muke sye stright berubah.
be-serius.


lunch nasi lemak oke.

lapar kowt

:P

sori pic kurang sopan.

baru abis kawad

harap maklum

on da way balek skola.

tyme nie ta tau kita orang top 5.

sampai skola baru tau

=.=




insyallah tahun depan

kawad lagi.


wasalam





Ampersands & angle brackets need to be encoded.
 

nurain afiqah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei